Hanya tunjuk aplikasi MyJPJ, tak perlu cetak cukai jalan – JPJ

- Advertisement -

SINTOK – Orang ramai tidak perlu mencetak cukai jalan, sebaliknya hanya perlu menunjukkan aplikasi MyJPJ sekiranya ditahan.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, bagaimanapun, orang ramai yang masih ragu-ragu mereka boleh mencetak cukai jalan berkenaan.

“Kalau nak cetak dan simpan cukai jalan dalam kereta tu pun tak ada masalah… Sebenarnya tiada masalah pun yang penting cukai jalan perlu diperbaharui dan tidak tamat tempoh serta masih sah digunakan.

“Pengguna juga boleh tunjuk saja aplikasi berkenaan jika diminta oleh penguat kuasa JPJ,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Penutup Jamboree Kadet JPJ Peringkat Kebangsaan di Akademi Binaan Malaysia (ABM) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Aedy berkata, kesedaran masyarakat terhadap penggunaan aplikasi MyJPJ menunjukkan semakin tinggi.

“Minggu lalu hampir lapan juta pengguna jalan raya sudah mendaftar melalui JPJeID dalam talian dan 7.1 juta sudah mendaftar melalui aplikasi MyJPJ.

“Kita mempunyai lebih kurang 17 juta pemegang lesen di negara ini dan lapan juta sudah pun mendaftar, maknanya separuh daripadanya sudah daftar JPJeid.

“Kita mahu meningkatkan lagi kesedaran itu tahun depan menerusi promosi yang akan dilakukan,” katanya. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat