Kes jangkitan Covid-19 dijangka meningkat selepas Krismas, Tahun Baharu – KP Kesihatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan meningkat daripada 6,796 kepada 12,757 pada Minggu Epidemiologi ke-49 (ME 49/2023) adalah seiring trend global pada setiap hujung tahun dan majoriti kes mengalami gejala ringan serta tidak memerlukan rawatan hospital.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Radzi Abu Hassan berkata walaupun terdapat peningkatan mendadak jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan, keadaan di Malaysia masih terkawal dan kemudahan penjagaan kesihatan beroperasi dalam kapasitinya.

Kemasukan pesakit ke hospital dan penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) masing-masing meningkat 1.4 peratus bagi setiap 100,000 penduduk berbanding minggu sebelumnya (26 November 2023 hingga 2 Disember 2023).

Secara keseluruhan, peratus kes kematian COVID-19 dari 25 Januari 2020 hingga 9 Disember 2023 adalah 0.72 peratus.

Radzi berkata Kementerian Kesihatan menjangkakan peningkatan kes COVID-19 akan bertambah selepas sambutan Krismas dan Tahun Baharu, selain disebabkan cuti sekolah yang bermula Sabtu.

“Kementerian menggalakkan orang ramai memakai pelitup muka jika mereka menunjukkan gejala COVID-19 bagi melindungi keluarga, jiran dan rakan mereka daripada dijangkiti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Radzi menasihati warga emas serta mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah dan mereka yang mempunyai komorbiditi untuk menggunakan Paxlovid jika mereka menunjukkan gejala COVID-19.

Paxlovid berkesan apabila diambil dalam tempoh masa lima hari daripada hari gejala bermula.

Oleh itu, pesakit yang berisiko tinggi disarankan untuk menjalani ujian sebaik sahaja mereka mempunyai gejala.

Jika ujian COVID-19 didapati positif, pesakit dinasihatkan dapatkan penilaian perubatan awal di fasiliti kesihatan yang berhampiran untuk menentukan kelayakan mengambil Paxlovid.

Beliau berkata, walaupun terdapat kemunculan berterusan varian COVID-19 baharu, ubat antivirus oral itu kekal berkesan dalam mengurangkan gejala dan mencegah kesan yang lebih buruk. – BH

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat