PWS unggul dengan 8 trofi FFM31

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Primeworks Studios (PWS) meneruskan pencapaian cemerlang apabila meraih lapan trofi pada Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-31 menerusi filem Sangkar, Ejen Ali The Movie dan Wira.

Sangkar yang turut diterbitkan bersama tiga produksi lain iaitu Infinitus Gold, Astro Shaw dan MM2 Entertainment membolot lima trofi iaitu Pengarah Terbaik yang dimenangi Kabir Bhatia, Pelakon Lelaki Terbaik (Zul Ariffin) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Remy Ishak).

Sangkar juga meraih trofi Penataan Seni Terbaik (Nazrul Asraff Mahzan) dan Tatarias Terbaik (Ella Sandera).

Ejen Ali The Movie terbitan WAU Animation dan PWS pula merangkul dua trofi iaitu Anugerah Box Office dan Penataan Bunyi Terbaik yang dimenangi Fadhli Abu Shafian, Hakim Kamal dan Shafiq Isa.

Meneruskan penguasaan PWS, filem Wira terbitan bersama Multimedia Entertainment, ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas (GSC) dan Astro Shaw mendapat pengiktirafan juri apabila pelakon utamanya, Fify Azmi dinobatkan sebagai pemenang kategori Pelakon Wanita Harapan.

Mengulas kemenangan besar diraih pada acara yang berprestij itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Rangkaian Televisyen Media Prima dan PWS, Datuk Khairul Anwar Salleh menganggap kejayaan itu sebagai motivasi dalam meneruskan visi dan misi membangunkan industri perfileman tanah air.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada warga kerja PWS dan rakan kami iaitu Infinitus Gold, Astro Shaw, MM2 Entertainment atas kemenangan besar filem Sangkar.

“WAU Animation atas kejayaan Ejen Ali The Movie serta Multimedia Entertainment, ACT 2 Pictures, GSC dan Astro Shaw atas kemenangan filem Wira.

 

 Ejen Ali The Movie terbitan WAU Animation dan PWS  merangkul dua trofi iaitu Anugerah Box Office dan Penataan Bunyi Terbaik pada FFM31. Foto Ihsan FFM31
Ejen Ali The Movie terbitan WAU Animation dan PWS merangkul dua trofi iaitu Anugerah Box Office dan Penataan Bunyi Terbaik pada FFM31. Foto Ihsan FFM31

“Karya mereka yang berpiawaian tinggi pasti akan membawa nama Malaysia ke persada global,” katanya dalam kenyataan.

Khairul Anwar berkata, Media Prima Berhad (MPB) dengan kepakaran dalam bidang pemasaran dan perkembangan perniagaan, sentiasa menyokong penggiat filem berbakat untuk menghasilkan karya berskala epik yang boleh ditonton semua peringkat umur.

Sangkar yang meraih RM12.9 juta ketika ditayangkan dua tahun lalu, mengisahkan permusuhan dan pertembungan antara dua atlet sukan bela diri campuran (MMA) serta perjuangan mereka demi maruah dan keluarga.

Filem Ejen Ali The Movie arahan Usamah Zaid Yasin melakar sejarah apabila memperoleh kutipan pecah panggung lebih RM30 juta atau yang tertinggi, ketika ditayangkan pada 2019.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat