Azrel gugup beraksi di sisi Maya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Gugup dan gementar, itulah perasaan pelakon Azrel Ismail apabila kali pertama beraksi menerusi pementasan teater muzikal, Putri Santubong The Warrior Princess.

Lebih membuatkannya ‘kecut perut’ beraksi pula di sisi aktres hebat, Maya Karin.

Sungguhpun berdepan dengan cabaran besar, namun, pengalamannya menerusi medium teater amat berharga.

“Bayangkan, saya bergandingan dengan Maya. Kita tahu Maya, aktres hebat, berpengalaman dan menggenggam banyak trofi terbaik dan popular, memang seram sejuk mahu mendekatinya.

“Namun, cara Maya membuatkan saya jadi selesa. Perasaan kekurangan lama kelamaan terhakis dengan sendirinya apabila kerap berlatih.

“Saya fokus kepada tanggungjawab diamanahkan. Saya menjadikan teater ini sebagai titik tolak untuk keluar daripada zon selesa,” katanya yang sudah berada di Kuching, Sarawak bagi menjalani latihan sejak tiga minggu lalu.

Pementasan teater muzikal, Putri Santubong The Warrior Princess dipentaskan secara fizikal di Kampung Budaya Sarawak selama dua hari sejak semalam.

Malah, teater muzik itu juga boleh ditonton secara dalam talian menerusi pautan www.putrisantubong.com.my dengan tiket berharga RM20.

 

Azrel melakonkan watak Kijang Mas, pahlawan kayangan yang turun ke bumi membantu Putri Santubong dan menyelamatkan puteri lain. - Foto Azrel Ismail
Azrel melakonkan watak Kijang Mas, pahlawan kayangan yang turun ke bumi membantu Putri Santubong dan menyelamatkan puteri lain. – Foto Azrel Ismail

 

Azrel melakonkan watak Kijang Mas, pahlawan kayangan yang turun ke bumi membantu Putri Santubong dan menyelamatkan puteri lain.

“Saya bukan hanya menyanyi dan bersilat, malah, gugup apabila kali pertama dapat skrip perlu melontarkan dialog dalam bahasa Sarawak.

“Namun, latihan yang mencukupi membuat saya lebih yakin. Ada dua lagu yang didendangkan dalam pementasan ini. Satu nyanyian secara solo dan satu lagi duet dengan Maya,” katanya.

Selepas menjalani latihan, Azrel tidak menafikan beraksi di pentas teater bukanlah tugas yang mudah.

“Saya bersyukur dapat tunjuk ajar daripada jurulatih lakonan. Pada waktu sama, saya turut dibantu Maya dan Ellie Suriaty yang menjadi guru lakonan.

“Pada masa sama, saya juga menggunakan pengalaman berlakon bagi menjayakan watak dipertanggungjawabkan.

“Cuma, saya perlu mengatasi rasa gementar untuk berdepan dengan orang ramai sewaktu beraksi di pentas teater,” katanya.

Pementasan teater muzikal itu ditaja Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak.

Selain Maya dan Azrel, pementasan teater muzikal itu turut dijayakan Sofi Jikan (Dewa Kejora), Anding Indrawani (Datuk Nakhoda) dan Dewi Liana Seriestha (Putri Sejinjang).

Pementasan teater muzikal ini memaparkan kisah mitos dunia kayangan penuh mistikal yang dikuasai Putri Santubong dengan kuasa sakti yang tiada tandingan.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat