Anwar Nak Hantar Buku Perlembagaan Kepada Umno Pekan

- Advertisement -

PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghantar buku Perlembagaan Negara kepada Umno Bahagian Pekan kerana masih mahu mencadangkan nama Datuk Seri Najib Razak sebagai calon ahli Parlimen Pekan.

Ketua Pembangkang itu secara sinis mencadangkan supaya salah seorang peguam Umno menasihatkan Umno Bahagian Pekan.

“Nanti kita hantar kepada dia buku Perlembagaan, bagi mereka faham dulu.

“Saya cadangkan salah seorang peguam Umno bagi nasihat,” tempelak Anwar.

Terdahulu Timbalan Ketua Umno Pekan, Datuk Seri Zamri Ramly berkata Najib antara lima calon yang disenaraikan Umno Pekan untuk mempertahankan kerusi Parlimen pada PRU15.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira Najib itu masih berpeluang bertanding sekiranya beliau berjaya dalam permohonan menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan pada Ogos lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat