Pulau Pinang Bakal Bubar DUN, DAP Mahu Pilihan Raya Negeri Serentak PRU15

- Advertisement -

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulang Pinang, Chow Kon Yeow berkata, beliau memilih untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Chow berkata, mengadakan pilihan raya serentak boleh mengurangkan urusan logistik dan terdapat desakan daripada rakyat Pulau Pinang yang mahu pilihan raya diadakan serentak.

Katanya, DAP Pulau Pinang hanya menyuarakan “hujah terbaik” mengenai perkara itu kepada pucuk pimpinan parti ketika mesyuarat pada Selasa lalu.

“Kami berjaya menyakinkan kepimpinan tertinggi DAP untuk membawa isu ini ke mesyuarat pemimpin Pakatan Harapan yang berlangsung semalam dan turut dihadiri saya.

“Kita tunggu pengumuman rasmi (mengenai keputusan pilihan raya negeri) esok,” katanya kepada wartawan.

Ini kali pertama ketua menteri Pulau Pinang menyuarakan sokongannya untuk mengadakan pilihan raya serentak.

Chow sebelum ini ‘kunci mulut’ mengenai kemungkinan pembubaran DUN sejak dua hari lalu selepas mempengerusikan mesyuarat bersama pimpinan DAP negeri dan pemimpin PH Pulau Pinang.

Awal hari ini, FMT melaporkan bahawa DAP dan PKR berbeza pendapat sama ada negeri yang dikuasai PH perlu mengadakan pilihan raya serentak dengan pilihan raya umum ke-15. (PRU15).

Pada masa ini, PH mentadbir Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Selangor tidak membubarkan DUN kerana Sultan Selangor tidak memihak kepada pilihan raya serentak, manakala Negeri Sembilan mengumumkan kemungkinan besar akan mengadakan pilihan raya negeri tahun depan, walaupun sedang menunggu keputusan Majlis Presiden PH.

Sementara itu, PAS mengumumkan tiga negeri yang ditadbirnya iaitu Kedah, Terengganu dan Kedah tidak akan membubarkan DUN mereka tahun ini. – FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat