Anwar Terbuka Kerjasama Dengan Mahathir Dan Muhyiddin

- Advertisement -

PETALING JAYA- Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui beliau dan pembangkang tidak menutup pintu kerjasama dengan seteru politiknya iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menyatakan sekiranya Pengerusi Pejuang dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) bersetuju dengan agenda reformasi PH ruang kerjasama itu terbuka luas.

“PH sekarang komited dengan agenda reformasi, agenda PH yang menentang rasuah dan salah guna kuasa.

“Sesiapa yang setuju, mereka boleh datang bercakap dengan kita, ruang adalah terbuka,” tegas Anwar pada sidang media di ibu pejabat PKR pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Presiden PKR menjelaskan tidak mudah untuk semua pembangkang bergabung dengan matlamat cuma mahu menumbangkan Umno.

“Perkataan bersatu itu tidak mudah, ada orang bersatu hanya bersandar motif nak merompak, jadi persatuan 40 penyamun.

“Kesatuan kerjasama ini mesti bersandarkan kepada beberapa prinsip jelas dengan tata kelola yang baik, tolak rasuah.

“Bersatu mesti ada prinsip yang jelas, apa-apa kerjasama mesti terikat prinsip. Kita tak bersetuju dengan dasar perkauman yang menidakkan kehadiran yang lain,” katanya.

Anwar mengingatkan ramai nama-nama besar yang terpalit dengan Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).

“Ramai yang tepalit dengan UKSB, nama-nama itu kena jelaskan dulu.

“Kita berteraskan kepada prinsip itu, ini kena jelaskan,” tegas Anwar.

Hari ini Muhyiddin menyatakan Bersatu tidak menolak kemungkinan bakal menjalinkan kerjasama dengan Pejuang untuk menentang Umno dan juga bagi mengelakkan pertembungan sesama sendiri. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat