Zahid Dah Jangka Pilihan PAS, BN Gerak Solo

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Keputusan PAS untuk terus bersama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah dijangkakan.

Presiden Umno yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, susulan pilihan yang diputuskan PAS itu Umno dan BN akan terus bergerak solo.

“Dengan keputusan ini, Umno bersama BN akan terus bergerak solo dengan mengekalkan imej parti yang sentiasa berpaksikan kesederhanaan dan mampu menawarkan kestabilan serta kemakmuran kepada rakyat yang berbilang kaum dan agama dalam negara ini,” jelas Zahid dalam kenyataan malam ini.

Pun begitu, beliau menyatakan hakikatnya, Umno tidak pernah menutup pintu kepada sebarang usaha murni ke arah penyatuan ummah yang berteraskan nilai keikhlasan dan kejujuran.

Hari ini PAS akhirnya memilih bersama PN bagi menghadapi PRU15.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan keputusan memilih bersama PN ini dibuat atas prinsip penyatuan ummah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,478FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat