Pelan Pendidikan Pasca-Pandemik Rentas Politik, Ideologi Dan Kepakaran – Titah Agong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pendidikan pasca-pandemik COVID-19 memerlukan rancangan jangka masa panjang yang mapan dan telus serta bersifat holistik dan komprehensif.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, formula pelan pendidikan pasca-pandemik yang tuntas
memerlukan penglibatan dan kerjasama dari semua pemegang taruh merentasi politik, ideologi dan kepakaran.

“Walau apa jua cabaran yang dihadapi, bidang pendidikan tidak boleh dilupakan sama sekali. Pendidikan yang mencakupi pelbagai bidang ilmu hendaklah sentiasa diterokai terutamanya pendidikan sains dan teknologi.

” Akses pendidikan yang lebih inklusif perlu diberikan perhatian bagi melahirkan anak watan yang mampu menghasilkan pelbagai inovasi berimpak tinggi,” titah Al-Sultan Abdullah.

Namun, titah Baginda, pendidikan akhlak dan kerohanian turut wajar diberi tumpuan demi untuk membendung pelbagai agenda negatif dan menyimpang dari tatasusila masyarakat.

Dalam perkembangan lain, Yang di-Pertuan Agong turut bertitah berkenaan aspek pertahanan dan keselamatan termasuk keselamatan siber turut berkait rapat dengan kesejahteraan rakyat.

“Agensi-agensi yang bertanggungjawab terhadap pertahanan dan keselamatan negara hendaklah sentiasa bersiap siaga pada sebilang masa dan terus
meningkatkan keupayaan masing-masing.

“Sebarang bentuk tindakan yang cuba mencabar kedaulatan negara hendaklah segera ditangani agar Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang aman lagi berdaulat,” tegas Baginda.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat