Tempahan Hampir Penuh, Hotel 5 Bintang Di Langkawi Menjadi Rebutan Pelancong Selepas Pengumuman Pembukaan

- Advertisement -

Pada 16 September 2021, Langkawi bakal dibuka kembali kepada pelancong selepas lebih setahun sektor pelancongan ditutup akibat COVID-19. Semestinya ramai sudah tidak sabar untuk melancong selepas lama ‘terkurung’ di rumah.

Menurut Naib Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Kedah/Perlis, Razmi Rahmat berkata, hotel-hotel yang bernaung di bawah MAH sudah mula menerima tempahan antara 20 hingga 50 peratus sejak khamis lalu.

Malah, hotel 5 bintang yang terletak berhampiran Pantai Kok, Datai, Chenang dan Penarak sudah menerima tempahan lebih 50%. Tambahnya, tempahan hotel lima bintang meningkat kerana rakyat golongan atasan yang tidak dapat bercuti di luar negara mengambil peluang untuk bercuti di Langkawi.

Menurut, Pengerusi Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBHA) Langkawi, Datuk Noorazly Rosly, berkata, tempahan yang diterima 45 ahlinya ketika ini agak perlahan kerana pelancong yang menggunakan jalan darat perlu menggunakan agensi pelancongan.

Hotel-hotel berstatus tiga bintang kini hanya menerima kadar tempahan sekitar 20 peratus. Difahamkan, tempahan hotel di Langkawi membabitkan individu dan kumpulan dijangka meningkat dengan ketara menjelang pertengahan Oktober termasuk bagi penganjuran mesyuarat dan bengkel.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat