PN cipta kejutan tembus kubu kuat PH, menang 22 kerusi di Selangor – Muhyiddin

- Advertisement -

SHAH ALAM — Perikatan Nasional telah membuat ‘major inroads’ di negeri Selangor dengan memenangi 22 kerusi berbanding hanya 5 kerusi yang disandang oleh PN sebelum ini.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kejayaan memenangi 22 kerusi ini membuktikan PN telah berjaya menafikan majoriti 2/3 kerajaan PH-BN di negeri Selangor, yang sebelum ini dianggap sebagai kubu kuat mereka.

“Perikatan Nasional telah membuat major inroads di Negeri Selangor dengan memenangi 22 kerusi berbanding hanya 5 kerusi yang disandang oleh PN sebelum ini.

“Kesemua 22 kerusi ini ialah kerusi majoriti melayu yang membuktikan bahawa Perikatan Nasional mendapat sokongan besar pengundi- pengundi Melayu di negeri Selangor,” katanya pada sidang media PN di Hotel Concorde di sini.

Jelasnya lagi, beliau percaya sekiranya peratusan keluar mengundi lebih tinggi, Perikatan Nasional akan berjaya merampas negeri Selangor.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat