Idris Jusoh gesa Presiden UMNO letak jawatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Idris Jusoh meggesa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan.

Gesaan Idris itu susulan kekalahan teruk UMNO di Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung pada Sabtu.

“UMNO kalah teruk di PRN semalam.

“UMNO kalah 100% di Terengganu.

“Zahid Hamidi perlu letak jawatan…..” tulis Idris di Facebooknya, pada Ahad.

Dalam PRN semalam, UMNO yang bertanding sebanyak 108 kerusi hanya memenangi 19 kerusi sahaja.

Terdahulu, Perikatan Nasional (PN) menang semua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) selain satu kerusi Parlimen di Kuala Terengganu yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.

Di Kedah, UMNO juga tewas semua kerusi yang ditandingi.

Manakala di Negeri Sembilan UMNO hanya memenangi 14 kerusi, Selangor 2 kerusi, Pulau Pinang 2 kerusi dan Kelantan 1 kerusi.

Pada PRU15, UMNO di bawah pimpinan Ahmad Zahid juga kalah teruk apabila hanya mampu menang 26 kerusi Parlimen.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat