PN menang semua kerusi DUN Permatang Pauh tamparan hebat kepada Anwar – Muhyiddin

- Advertisement -

SHAH ALAM — Kejayaan besar Perikatan Nasional (PN) meraih sokongan pengundi di Permatang Pauh adalah satu tamparan hebat kepada Anwar Ibrahim apabila semua kerusi DUN itu dimenangi oleh Perikatan Nasional.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, gelombang sokongan pengundi melayu di negeri itu telah membawa kejayaan besar kepada PN dengan memenangi 11 daripada 15 kerusi majoriti Melayu.

“Ini adalah satu tamparan hebat kepada Anwar Ibrahim apabila semua kerusi DUN dalam Parlimen Permatang Pauh dimenangi oleh Perikatan Nasional.

“Ini menandakan bahawa PN adalah wadah utama politik pada masa kini,” katanya pada sidang media PN di Hotel Concorde di sini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang telah memberi sokongan kepada semua calon PN yang bertanding dalam PRN di 6 buah negeri yang berlangsung hari ini.

“Ini adalah satu pencapaian yang memberangsangkan kepada Perikatan Nasional yang bertanding sebanyak 245 kerusi.

“Ini bermakna Perikatan Nasional telah memenangi sebanyak 60% kerusi yang ditandingi,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat