Panglima TUDM Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Anggota Terlibat Insiden Tembakan

- Advertisement -

PETALING JAYA – Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad menzahirkan ucapan takziah kepada balu serta ahli keluarga anggota Tentera Udara Diraja Malaysia yang maut dalam kejadian tembakan di kem TUDM di Kota Samarahan, Sarawak pagi tadi.

TUDM menerusi satu kenyataan berkata, Ackbal telah berada di lokasi kejadian untuk mengetahui lebih jelas kejadian insiden berkenaan dan turut mengambil kesempatan menyantuni dan bertemu dengan waris-waris anggota di Pergerakan Udara Pangkalan Udara Kuching

“Beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada balu dan keluarga kesemua anggota TUDM yang meninggal dunia dan turut menyampaikan sumbangan dari Tabung Kebajikan TUDM dan sumbangan bantuan kebajikan kepada waris terlibat.

“Semoga keluarga reda dan sabar dengan ujian yang menimpa dan pihak TUDM sedang membuat segala urusan berkaitan pengebumian jenazah dan urusan kebajikan kepada waris anggota,” katanya.

Tambahnya, pihak TUDM telahpun menyerahkan kes berkenaan kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk menjalankan siasatan dan meminta semua pihak agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi di samping menghormati sensitiviti waris anggota yang meninggal dunia.

Menurut kenyataan itu, anggota TUDM yang terkorban adalah Koperal Udara (KPL U) Mohammad Ehsan Sehamat, Koperal Udara Ho Swee Boon dan Laskar Udara Kanan (LUK) Nesly Anak Nabau yang meninggal dunia di tempat kejadian.

“Koperal Udara Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli pula meninggal dunia di Hospital Jantung Kota Samarahan, Sarawak ketika mendapatkan rawatan akibat kecederaan parah.

“Waris kesemua anggota berkenaan telah dimaklumkan mengenai kematian mereka melalui pihak pengurusan TUDM di Pangkalan Udara Kuching dan kesemua mereka yang meninggal dunia berasal dari Sarawak dan telah berkahwin.

Jelasnya, Allahyarham Kpl U Mohammad Ehsan Sehamat berasal dari Asajaya Laut, Samarahan; Mendiang Kpl U Ho Swee Boon berasal dari Bau; Allahyarham Kpl U Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli berasal dari Seniawan, Bau dan Mendiang LUK Nesly Anak Nabau berasal dari Sibu. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat