Bukit Aman beku cuti semua anggota serta-mertaBukit Aman beku cuti semua anggota serta-merta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bukit Aman telah mengeluarkan arahan membekukan cuti untuk semua pegawai polis dan anggota pasukan itu sehingga pemberitahuan lanjut kelak.

Difahamkan, arahan itu dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zaini Jass semalam untuk operasi yang disebut ‘Op Aman’ dan berkuatkuasa serta-merta.

Sumber yang mengetahui perkara itu mendakwa cuti dibekukan kerana polis perlu bersiap sedia untuk perhimpunan yang akan diadakan pada 21 Ogos ini.

Bagaimanapun, Zaini ketika menafikan arahan berkenaan berkaitan dengan sebarang demonstrasi.

“Ini adalah amalan biasa, seperti yang dilakukan PDRM dari semasa ke semasa,” katanya memetik Malaysiakini.

“Tidak ada kaitan dengan bantahan,” jelasnya ketika disoal lebih lanjut.

Zaini juga menafikan arahan itu dikeluarkan kerana pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat