“Seluruh Dunia Terkesan Covid-19 Tapi Ada Sebab Kenapa AS Paling Teruk & Ianya Adalah Kerana Trump” – Calon Naib Presiden AS

- Advertisement -

DELAWARE: Dalam penampilan pertama, bersama, selepas dinamakan sebagai calon Naib Presiden oleh Joe Biden, Kamala Haris menyalahkan Presiden Donald Trump sebagai punca kenapa Amerika Syarikat menjadi negara paling teruk dilanda wabak Covid-19.

“Ketika Amerika dilanda wabak Ebola, hanya dua sahaja kematian berkaitan penyakit itu berlaku di Amerika Syarikat, membuktikan Obama (Presiden Barrack Obama) dan Joe Biden melakukan kerja mereka”, katanya dalam perhimpunan yang diadakan di Willington, Delaware itu.

“Bandingkan dengan sekarang”, katanya lagi.

Harris tanpa berselindung menyalahkan pentadbiran Trump sebagai punca kenapa nyawa 165,000 rakyat Amerika menjadi korban kepada Coronavirus.

Antara lain ialah delusi Trumph bahawa dia lebih tahu dari pakar kesihatan, tidak konsisten tentang pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial, keengganan menjalankan ujian pengesanan Covid-19 dan paling penting, tidak mengambil serius tentang wabak ini dari awal.

Semua ini kata Harris, menjadi punca kena seorang rakyat Amerika mati setiap 80 saat akibat Coronavirus – ramai daripadanya tidak sempat mengucapkan selamat tinggal.

Harris turut menyalahkan Trump sebagai punca kepada kejatuhan ekonomi Amerika Syarikat sekarang walaupun ia ditinggalkan dalam keadaan baik oleh pentadbiran yang dulu – CNN.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat