Terima Suapan RM16,000, Penolong Pengurus PAIP Tidak Mengaku Bersalah

- Advertisement -

KUANTAN: Seorang penolong pengurus di Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) tidak mengaku bersalah di mahkamah sesyen Kuantan atas lima pertuduhan menerima wang tunai RM16,000 bagi dirinya pada dua tahun lepas.

Tertuduh Mohd Fazrul Daruddin,34, didakwa menerima wang itu daripada pengarah sebuah syarikat kontraktor, Chong Wei Peng antara 4 Mei hingga 12 Oktober 2018. Dia akan disabitkan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara 2 tahun maksimum penjara atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Sebutan semula kes telah ditetapkan pada 07 September ini. Untuk semua tuduhan jaminan RM10,000 dikenakan dengan seorang penjamin.

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat