PEJUANG Bertanding Di PRK Slim -Tun M

- Advertisement -

CYBERJAYA: Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) yang baru ditubuhkan mengumumkan akan bertanding dan meletakkan calonnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim 29 Ogos ini.

Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, diumumkan sebagai calon mewakili PEJUANG pada majlis memperkenalkan calon Oleh Tun Dr Mahathir di Bilik Gerakan Utama, Persiaran Slim Permata, di Slim River malam tadi.

Graduan undang-undang UIA merupakan anak bongsu daripada lima adik beradik, ayahnya, allahyarham Mohamad Tanusi Maulut ialah bekas naib kadi Teluk Intan, manakala ibunya seorang pesara guru agama.

Isteri Amir, Dr Nur Aainaa Othman pula ialah doktor pakar radiologi di Hospital Teluk Intan dan doktor pakar jemputan di hospital Slim River.

“Calon kita akan bertanding menggunakan tiket bebas tetapi mewakili PEJUANG disebabkan parti ini belum didaftarkan lagi, kata Tun M dihadapan ratusan penyokong yang hadir di majlis pengumuman memperkenalkan calon.

Dalam ucapannya, Tun Mahatdir berharap para pengundi di Dun Slim akan mengundi calon PEJUANG bagi meneruskan agenda melawan rasuah, salah guna kuasa dan kleptokrasi.

“Saya tidak berminat parti baru, bukan niat saya untuk mempecah belahkan orang melayu. Tetapi kita ingin memberi orang melayu peluang memilih parti yang berjuang untuk rakyat dan bukannya berjuang kerana “apa yang aku dapat”, ujarnya lagi.

“Dengan ini saya istiharkan Parti ini dinamakan sebagai Parti Pejuang Tanah Air”.

PRK DUN Slim akan diadakan 29 Ogos berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai lepas akibat serangan jantung.

Pada PRU14, Mohd Khusairi yang mewakili BN, mengekalkan kerusi DUN Slim dengan majoriti 2,183 undi, menewaskan calon Bersatu yang bertanding atas tiket PH dengan lambang PKR diwakili Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS Muhammad Zulfadli Zainal.

Sumber gambar: BERNAMA

 

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,598FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat