Parti lawan akan main naratif semua salah DAP kaitkan krisis Negeri Sembilan – Anthony Loke akui berdepan cabaran getir

KUALA LUMPUR – DAP mendakwa mereka bakal menghadapi cabaran getir susulan cubaan parti lawan memainkan naratif berunsur perkauman sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, bermula Sabtu ini.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata, pihaknya sedar parti lawan akan menyalahkan DAP terhadap apa yang berlaku di Negeri Sembilan.

“Kita tahu apa lagi modal pihak lawan kecuali menyalahkan DAP terhadap apa saja isu yang berlaku di Negeri Sembilan sebagai modal paling berkesan.

“Itulah naratif dan strategi yang mereka lakukan kerana nak jadikan rakan komponen dalam Pakatan Harapan (PH) ini sebagai defensif.

“Mereka akan kata semua salah DAP dan DAP mesti ditolak. Kita lihat Perikatan Nasional (PN) terutama Pas sudah memulakan serangan seperti ini dan dia (PAS) nak kita kalah walaupun mereka tak boleh menang,” katanya selepas melancarkan Bilik Gerakan PH dan mengumumkan calon baharu gabungan itu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Temiang, lapor BH di Seremban pada Isnin.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Datuk P Gunasekaran dan Setiausaha DAP negeri, Cha Kee Chin.

Mengulas lanjut, Loke berkata, beliau melihat strategi sama dilakukan parti lawan di Johor dengan tidak meletakkan calon di kebanyakan kerusi, selain menyokong calon Barisan Nasional (BN) bagi mengalahkan calon PH.

“Perkara ini diakui sendiri pemimpin veteran yang kini bersama Pas, namun kita akan jelaskan kepada rakyat dan penyokong PH mengenai kepentingan mereka keluar beramai-ramai pada hari pengundian,” katanya.

Sementara itu, Loke yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan menggesa parti komponen BN khususnya MCA dan MIC menyatakan pendirian masing-masing susulan langkah PAS hendak bekerjasama dengan BN dan menyokong calon UMNO sebagai menteri besar jika memenangi PRN Negeri Sembilan, 1 Ogos nanti.

Ahli Parlimen Seremban itu berkata, pimpinan kedua-dua parti itu harus memberikan penjelasan kepada rakyat mengenai pendirian itu walaupun menjadi hak masing-masing untuk bekerjasama.

“Saya nak tanya pendirian parti komponen BN terutama MCA dan MIC, mereka kata penyandang kerusi antara Umno dengan Pas berlawan antara satu sama lain, jika penyandang adalah Pas, mereka akan lawan,” katanya.

Loke berkata, pimpinan MCA dan MIC sepatutnya turun ke gelanggang PRN dengan satu pendirian jelas dan bukannya cuba menyembunyikan sesuatu seperti berlaku pada PRN Johor.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat