Keluarga dah maafkan Ardi dan Nia

- Advertisement -

Jakarta: Susulan penahanan pelakon Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie baru-baru ini, keluarga sudah memaafkan mereka serta menasihatkan pasangan itu untuk memperbaiki diri.

Abang Ardi iaitu Anindya menerusi sebuah kenyataan, berkata pasangan terbabit ikhlas mengesali perbuatan mereka dan berharap ia menjadi pengajaran besar.

“Tidak ada manusia yang tidak pernah melakukan kesalahan, baik besar mahupun kecil. Demikian pula dengan kedua adik saya, Ardi dan Nia.

“Keduanya menyedari kesalahannya dan meminta maaf dengan tulus, baik kepada keluarga mahupun masyarakat. Kami sekeluarga sudah memaafkan dan memberi nasihat mendalam buat mereka.

“Semoga ini menjadi catatan berharga untuk perbaiki hidup,” katanya.

Dalam pada itu, Anindya turut meminta semua pihak memberi peluang kepada adik dan adik iparnya itu untuk menjadi individu yang lebih baik.

“Sebagai abangnya, izinkan saya juga memohon agar dibuka pintu kemaafan seluas-luasnya serta memberi peluang keduanya untuk menjadi seorang yang lebih baik lagi.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat dan masyarakat yang memberikan keterangan, simpati serta segala bentuk sokongan.

“Selama ini, Ardi dan Nia yang selalu membantu saya ketika waktu sukar. Kini, masanya saya perlu memberikan sokongan serta semangat yang sama,” katanya dalam sebuah hantaran di Instagram.

Pada 8 Julai lalu, Nia dan Ardi ditangkap pegawai polis kerana didakwa ada kaitan dengan penyalahgunaan dadah. Penangkapan itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Metro Jaya, Inspektor Yusri Yunus.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat