Talaan sukan permotoran

- Advertisement -

EDISI prestasi John Cooper Works (JCW) bukan sahaja menjadikan model Mini tambah sporty, malah lengkap dengan talaan trenkuasa dan pengendalian buat penggemar pemanduan prestasi.

Menambah varian sedia ada, Mini Malaysia memperkenalkan Mini John Cooper Works Tiga Pintu Baharu dan Countryman Baharu ke pasaran tempatan seterusnya meneruskan warisan teknologi sukan permotoran jenama itu.

Untuk Mini John Cooper Works Tiga Pintu Baharu, antara pembaharuan yang diberi ialah pada gril hadapan baharu yang lebih luas dan lebar berbentuk heksagon.

Bentuk ini tampak menyerlah sama ada atas litar atau jalan raya dengan garisan merah pada hadapan dipadankan lampu utama LED dengan perumah baharu berwarna hitam.

Seiring gaya sukan permotoran, model ini datang dengan saluran kemasukan udara yang dibesarkan untuk sejukan lebih baik pada enjin dan sistem brek.

Malah, ia dilengkapi kemasan luaran pada sisi baharu serta ‘difusser’ untuk aliran udara lebih baik pada belakang dengan sistem ekzos berkembar.

Untuk model Countryman Baharu pula, ia tampil lebih moden dengan kemasan luaran baharu termasuk pada rekaan gril radiator selain rekaan lampu belakang corak Union Jack.

Kemasan hitam piano pada pembuka pintu, logo Mini dan logo model serta lampu hadapan fungsi matriks untuk pancaran lampu tinggi sebagai ciri standard melengkapi lagi kedua-dua model JCW ini.

Mini JCW tiga pintu dengan enjin 2.0 liter empat silinder Mini TwinPower Turbo, menjana kuasa 231 kuasa kuda (hp) dan tork 320Nm dengan lapan kelajuan ‘steptronic’.

 

COUNTRYMAN tampil lebih menyerlah.
COUNTRYMAN tampil lebih menyerlah.

 

 

PAPAN pemuka kemasan baharu.
PAPAN pemuka kemasan baharu.

 

 

KERUSI sport material Dinamica.
KERUSI sport material Dinamica.

 

Ia mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 246 kilometer/sejam (km/j).

Ia dilengkapi sistem brek ‘sports’ daripada Brembo empat injap dengan brek cakera angkup.

Untuk Countryman JCW, ia juga didatangkan dengan padanan enjin sama, namun dengan sistem sejukan bebas berkuasa 306hp dan tork 450Nm menerusi pacuan semua-roda ALL4 dan transmisi lapan kelajuan steptronic.

Ia boleh memecut daripada sifar ke 100km/j dalam tempoh 5.1 saat dan kelajuan maksimum mencapai 250km/j.

Ruang dalaman untuk Mini Tiga Pintu Baharu dan Countryman JCW juga diperkemaskan dengan sistem infotainmen 8.8 inci skrin sesentuh dengan rekaan panel hitam dan meter digital pemandu lima inci.

Selain itu, ruang dalaman ‘Colour Worlds’ diwarnai dengan ‘Lounge’ dan ‘Sports’. Ia boleh dipilih mengikut mod pemanduan sama ada pemandu mahukan warna tenang atau garang.

Kerusi sport JCW dengan kulit Dinamica premium, paparan Head-up pemandu, Sistem Kemasukan Selesa, mod pemanduan Mini, pembesar suara Harman Kardon dan bumbung panorama adalah ciri standard buat kedua-dua model ini.

Untuk pasaran Malaysia, Mini John Cooper Works Tiga Pintu Baharu dijual pada harga RM311,259 dan Mini John Cooper Works Countryman Baharu dijual pada harga RM383,463 dengan empat tahun penyelenggaraan percuma tanpa had perbatuan ditawarkan.

Semua harga atas jalan tanpa insurans.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,560FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat