Singapura Guna Robot ‘Anjing’ Dorong Jarak Sosial

- Advertisement -

SINGAPURA: Kerajaan Kota Singa sedang mencuba cara baru untuk membuat penduduknya menjauhkan diri dari satu sama lain.

Pada hari Jumaat, pemerintah negara itu mengumum akan mulai mengerahkan Spot, robot anjing kuning/hitam terkenal buatan Boston Dynamics, di satu taman tempatan.

Robot anjing berkaki empat itu akan melakukan rondaan di kawasan taman awam mulai hujung minggu ini dan menyiarkan pesanan yang telah dirakam kepada pengunjung untuk mengingatkan mereka tentang pentingnya jarak sosial, kata pihak berkuasa.

Peranti itu juga akan dilengkapi dengan kamera yang akan mengimbas kawasan sekitarnya dan membantu pegawai menganggarkan jumlah orang yang berkumpul di taman, kata mereka.

“Kamera-kamera ini tidak akan dapat mengesan individu tertentu, dan tidak ada data pribadi yang akan dikumpulkan,” kata jurucakap kerajaan dalam satu kenyataan.

Langkah baru itu adalah eksperimen untuk meningkatkan penguatkuasaan jarak sosial di seluruh Singapura berikutan dengan peningkatan kes Covid-19 yang membimbangkan di negara tersebut baru-baru ini.

Pada masa ini, projek perintis akan dijalankan dalam percubaan terhad selama dua minggu di satu taman semasa waktu sibuk. Tetapi jika semuanya berjalan lancar, pihak berkuasa akan mempertimbangkan untuk memperluaskan program ini.

Tidak lama dahulu, Singapura dipuji sebagai salah satu negara yang bertindak tepat terhadap penyebaran Coronavirus.

Kemudian gelombang kedua melanda. Kluster awal yang diuji oleh kerajaan nampaknya hilang dengan cepat dan jumlah kes harian meningkat. Sejak 17 Mac, jumlah kes coronavirus yang disahkan Singapura meningkat dari 266 menjadi 21,707 kes, menurut data dari Universiti Johns Hopkins.

Ketika keadaan bertambah buruk, kerajaan bertindak balas dengan menggunakan teknologi.

Pada bulan Mac, kerajaan telah melancarkan aplikasi mengenalpasti kenalan di seluruh negara menggunakan Bluetooth untuk membantu pengguna mengetahui apakah mereka mempunyai hubungan rapat dengan seseorang yang telah sah dijangkiti.

Kerajaan negara itu berkata, mereka turut menggunakan Spot untuk tujuan lain – membantu membawa ubat kepada pesakit di sebuah kemudahan pengasingan tempatan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat