Malaysia kutuk serangan kejam Israel terhadap rakyat Palestin pada Aidilfitri

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

PUTRAJAYA – Malaysia dengan tegas mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara oleh rejim Israel ke atas rakyat Palestin, termasuk di kem pelarian Shati di utara Gaza.

Serangan ini dilakukan semasa rakyat Palestin dan lebih daripada dua bilion umat Islam di seluruh dunia sedang menyambut Aidilfitri.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam kenyataannya pada Khamis, berkata Malaysia kesal terhadap tindakan kejam oleh rejim Israel yang jelas menunjukkan kebencian.

Ianya bertentangan dengan simbol sambutan perayaan ini iaitu prinsip kemanusiaan, keamanan dan belas kasihan.

Menurut Wisma Putra, Malaysia akan terus menentang dengan teguh tindakan keganasan dan genosida yang jelas dijalankan oleh Israel terhadap rakyat Palestin.

Menurut kenyataan itu, serangan ini akan menjejaskan rundingan gencatan senjata dan usaha-usaha mencari penyelesaian damai terhadap konflik ini dan mempersoalkan niat Israel, jika ada, untuk mencari penyelesaian yang damai terhadap konflik ini.

Beliau berkata, komuniti antarabangsa tidak boleh lagi berdiam diri dan membiarkan kekejaman ini berterusan, kerana lebih banyak nyawa yang tidak berdosa akan terkorban disebabkan oleh rejim yang tidak mempunyai rasa keadilan, kemanusiaan atau moral.

Katanya, masyarakat antarabangsa harus mengambil tindakan tegas untuk menghentikan kekejaman dan bencana manusia di Gaza, serta memastikan pihak yang bertanggungjawab dikenakan tindakan tegas atas jenayah perang dan jenayah kemanusiaan tersebut.

“Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), Mahkamah Antarabangsa Keadilan (ICJ) dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) harus memenuhi tanggungjawab dan peranan mereka.

UNSC perlu mempertimbangkan penubuhan sebuah tribunal jenayah antarabangsa untuk mendakwa dan membawa ke muka penghadilan mana-mana pihak yang bertanggungjawab di atas jenayah sedemikian, ”katanya lagi.

“Malaysia tetap teguh dalam usahanya untuk mencapai penyelesaian damai kepada konflik yang berpanjangan, yang telah meragut banyak nyawa selama lebih dari 75 tahun.

Malaysia tetap tegas mempertahankan prinsip bahawa rakyat Palestin layak mencapai penubuhan negara yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan-sempadan pra-1967, dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu kotanya, ”menurut kenyataan itu lagi – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat