Nelydia Senrose belum hamil

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Allah, saya mengaminkan saja. Tapi belum ada berita ke arah itu (hamil). Insya-Allah, doakan.”

Begitulah reaksi pelakon Nelydia Senrose, 27, yang sedikit terkejut apabila ditanya mengenai dakwaan mengatakan dia kini hamil.

Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia bertemu jodoh dengan suami juga ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid pada 6 April 2019.

Terdahulu, adik pelakon Uqasha Senrose ini ditemui pada sidang media secara virtual drama Khilaf Asmara lakonannya untuk slot Samarinda TV3 yang akan ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10 malam mulai 18 April ini.

Hadir sama pada sidang media itu, tiga lagi pelakon utama lain iaitu Fasha Sandha, Fattah Amin dan Fahrin Ahmad.

Ditanya sama ada dia ada mengehadkan pemilihan watak kerana sudah bertudung, Nelydia berkata, dia sentiasa terbuka untuk sesuatu yang baharu dan tidak meletak sebarang had.

“Saya tak beri apa-apa kenyataan sampai sekarang sebab saya belum ‘ready’ (bersedia) lagi. Tapi, sebelum saya bertudung atau sudah bertudung ke, saya sentiasa ‘open’ (terbuka) untuk sesuatu yang baharu.

“Saya tak letak sebarang had selagi ia tidak melanggar atau keterlaluan. Saya mahu terus mencuba sesuatu yang baharu,” katanya.

Kisah Nelydia bertudung mula menjadi perhatian ramai selepas dia pulang dari mengerjakan umrah bersama suami pada Disember, tahun lalu.

Menurut Nelydia, dia masih lagi ‘budak’ baru belajar.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,502FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat