Peranti jaga kesihatan

- Advertisement -

Teknologi pada hari ini banyak memberi kemudahan kepada pengguna sama ada dalam tugasan rutin harian ataupun menjadi pemantau maya.

Trend pengguna hari ini juga menggunakan peranti boleh pakai atau ‘wearables’ yang bukan hanya untuk kelihatan lebih ‘trendy’ sebaliknya peranti berkenaan mampu untuk membantu pengguna khususnya mengekalkan kecergasan dalam bukan Ramadan ini.

Peranti keluaran syarikat gergasi Apple iaitu Apple Watch Series 7 memiliki semua fungsi berkenaan dan pengguna hanya perlu mengetahui aplikasi yang sesuai digunakan.

Peranti pintar ini bukan saja berperanan untuk menjadi pembantu maya kepada pengguna sebaliknya ia mampu membawa kehidupan seseorang individu kepada tahap yang lebih baik jika menggunakan padanan aplikasi yang betul.

Keupayaan teknologi pada hari ini juga memungkinkan semua perkara berkenaan boleh berlaku dan peranti boleh pakai keluaran Apple ini adalah contoh terbaik untuk mendepani situasi rutin yang mencabar.

Menerusi Apple Watch Series 7 ini, ia tidak hanya sebuah peranti boleh pakai sebaliknya mampu memenuhi keperluan harian seperti jurulatih maya, pembantu maya dan sebagainya.

Peranti keluaran Apple ini berjaya mengubah konsep ‘jam pintar’ kepada ‘peranti boleh pakai pintar’ kerana ia sangat memudahkan pengguna dan tidak hanya berfungsi sebagai penunjuk waktu saja.

 

PENGGUNA boleh mengubah konsep kepada jam pintar dengan menggunakan aplikasi kegunaan harian.
PENGGUNA boleh mengubah konsep kepada jam pintar dengan menggunakan aplikasi kegunaan harian.

 

Berkongsi tips ketika Ramadan, Pengamal Perubatan, Dr Shazril Shaharuddin berkata, beberapa aplikasi khusus menerusi peranti Apple Watch Series 7 berkenaan banyak membantu dirinya dalam kekal cergas sepanjang Ramadan.

Beliau berkata, sepanjang Ramadan ini, pengguna seharusnya menjaga waktu tidur kerana rehat yang berkualiti akan memberi tenaga sepanjang hari.

“Untuk itu, saya gunakan ‘Sleep Tracker’ dengan sasaran waktu tidur adalah sekitar enam hingga lapan jam untuk jaminan tidur berkualiti sepanjang Ramadan.

“Umat ??Islam ingin menggunakan bulan mulia ini dengan bijak untuk beribadat maka penting untuk mengimbangi antara dua matlamat berkenaan.

“Selain itu, saya akan memakai Apple Watch (Series 7) ini ketika tidur sebagai ‘alarm’ dan peranti akan bergetar tepat kepada waktu yang diinginkan,” katanya.

 

 

Dr Shazril berkata, selain daripada dua aplikasi itu, ‘Mindfullness app’ juga sangat membantu terutamanya bagi individu yang sibuk dengan urusan harian.

“Kehidupan hari ini sangat mencabar dengan tuntutan tugas serta keluarga dan penting untuk pengguna mengambil masa seketika menenangkan fikiran dan aplikasi ini sangat membantu,” katanya.

Sementara itu, pengguna juga boleh mencuba beberapa aplikasi khusus antaranya ‘Athan Pro’ iaitu sebuah aplikasi jadual waktu solat malah ia juga mengandungi kefungsian al-Quran untuk pengguna.

Aplikasi ini turut menggunakan ‘Augmented Reality’ (AR) untuk mengenalpasti lokasi arah kiblat sekali gus sangat memudahkan pengguna menunaikan kewajipan di mana saja berada.

Pengguna juga boleh memuat turun aplikasi pihak ketiga yang tersedia untuk kegunaan harian dan kebanyakan aplikasi yang ditawarkan memberi nilai tambah khusus untuk kefungsian pengguna.

 

BEBERAPA aplikasi banyak membantu pengguna khususnya pada bulan Ramadan untuk mengekalkan kecergasan sepanjang hari.
BEBERAPA aplikasi banyak membantu pengguna khususnya pada bulan Ramadan untuk mengekalkan kecergasan sepanjang hari.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat