‘Daphne kekok keluar rumah tanpa tudung’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pengacara, Daphne Iking akhirnya terbuka hati berkongsi kisah penghijrahan dan bertudung sejak Oktober, tahun lalu.

Daphne atau nama sebenarnya, Dahlia Daphne Eleanor Mozes Iking, 43, meskipun belum sempurna pemakaiannya, tetapi kekok keluar rumah tanpa bertudung.

“Seminggu selepas bertudung menggunakan ‘diving cap’ atau topi selam, saya pergi berenang dan berbikini. Ketika itu, saya rasa seperti berbogel.

“Seganlah, sudah berumur nak pakai seperti Halle Berry. Jadi, saya memakai baju menyelam, lalu perlahan-lahan beritahu suami yang saya mahu menjual semua baju seksi.

“Proses ini yang membuatkan saya teruskan bertudung sehingga Ramadan kerana apabila buka tudung, jadi janggal.

“Sekarang ini, saya rasa seperti berbogel jika keluar rumah tanpa mengenakan tudung. Malah, saya sebolehnya mahu menutup aurat walaupun ketika sesi temubual secara virtual di rumah.

“Paling tidak, saya akan memakai anak tudung atau topi,” katanya kepada BH Online.

Berkongsi fasa penghijrahannya, Daphne berkata, awalnya bertudung dengan tujuan menutup uban di rambutnya.

 

Daphne mohon peminat menerimanya seadanya, kini mahu menumpukan pengisian rohani terlebih dahulu. - Foto IG Daphne Iking
Daphne mohon peminat menerimanya seadanya, kini mahu menumpukan pengisian rohani terlebih dahulu. – Foto IG Daphne Iking

 

Ibu kepada empat cahaya mata itu berkata, dia tidak menyangka perubahan berkenaan perlahan-lahan membuka hati untuk terus bertudung.

“Bapa saya meninggal dunia akibat kanser. Sejak itu, saya banyak terbabit menerusi program kesedaran mengenai kanser.

“Jadi, saya berniat untuk mendermakan rambut saya kepada sebuah organisasi kebajikan kanser.

“Syarat mendermakan rambut, saya tidak boleh melakukan sebarang rawatan membabitkan bahan kimia selama enam bulan. Dalam tempoh ini, uban pula semakin jelas kelihatan dan bila keluar rumah, seboleh-bolehnya saya cuba tutup,” katanya.

Daphne berkongsi, nak dijadikan cerita, dia perlu menghadiri satu majlis dan cuba tutup uban dengan memakai turban selepas diberikan kelonggaran keluar rumah.

Malangnya, katanya, dia cuma ada selendang dan apabila cuba gayakan, tudung terjatuh sampai ke belakang.

“Jadi, saya pakai topi selam warna hitam dan padankan dengan selendang ini.

“Suami, Azmi Abdul Rahman sangat menyokong penghijrahan. Justeru itu, saya sangat berharap diri akan kekal istiqamah.

“Saya mohon peminat menerima saya seadanya. Sekarang, saya mahu menumpukan pengisian rohani terlebih dahulu,” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran Kempen Pelancaran Perjalanan Selamat Kanak-kanak Oleh Ola Oli, baru-baru ini.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat