Enggan terlalu feminis

- Advertisement -

Mengendalikan program bual bicara yang menampilkan isu berkaitan wanita bukan tanggungjawab mudah untuk dipikul oleh semua pihak.

Bagi Zoraya Vadillo, dia mengakui minatnya membela dan membangkitkan semangat dikalangan wanita sedari dulu lagi.

Katanya, bagaimanapun itu tidak menjadikan dirinya seorang feminis sebaliknya percaya setiap suara wanita mempunyai tempat tersendiri dan mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat.

“Saya sendiri bukan seorang feminis sebaliknya sedari dulu lagi saya percaya setiap wanita berhak menyuarakan pendapat dalam apa jua aspek. Maka dengan itu wujudnya program ini bagi menyuarakan hak wanita,” kata Zoraya yang pengacara program Women Talk di saluran TV3 bersama Deborah Henry.

Tambahnya bukan saja mempunyai platform untuk bersuara, malah dia berpeluang digandingkan dengan pengacara hebat seperti Deborah Henry yang turut memperjuangkan perkara sama.

Lantas mengaku keserasian antara mereka begitu mudah dibentuk dalam memastikan perjalanan program berjalan lancar.

“Kami belum pernah bertemu sebelum ini, namun memandangkan kami mempunyai visi dan pandangan yang sama, jadi keserasian itu mudah tercetus.

 

PENGACARA program terbaharu Women Talk yang bersiaran di saluran TV3, Zoraya Vadillo mengakui minatnya membela dan membangkitkan semangat dikalangan wanita sejak dari dulu.
PENGACARA program terbaharu Women Talk yang bersiaran di saluran TV3, Zoraya Vadillo mengakui minatnya membela dan membangkitkan semangat dikalangan wanita sejak dari dulu.

 

“Antara kami berdua, kami sangat mahir dalam mengemudi dan memastikan perbualan topik itu berada pada tahap yang sepatutnya.

“Maksudnya, kita boleh berbincang mengenai sesuatu topik itu dengan sedalam-dalamnya namun masih pada tahap yang tidak keterlaluan.

“Jadi kami tidak akan bersikap feminis atau sebaliknya kerana kami hanya mencari keseimbangan antara setiap topik yang dibincangkan,” kata gadis kelahiran Sepanyol itu.

Bakal bersiaran selama 13 episod, Women Talk menampilkan tetamu jemputan yang terdiri daripada pelbagai bidang untuk berkongsi pendapat dan informasi mengenai topik serta isu semasa yang menjadi fokus utama dalam golongan wanita.

Antaranya, meraikan kemenangan wanita Malaysia, terjerumus dalam gangguan seksual, vaksinasi dan dos penggalak Covid-19 kepada wanita dan kanak-kanak.

Selain itu, penglibatan wanita dalam bidang perniagaan, tokoh-tokoh wanita yang berpengaruh di dunia politik, keselamatan kewangan dan saringan untuk pemangsa seksual yang memburu anak-anak kecil.

 

ZORAYA ditemui ketika majlis sidang media Women Talk yang berlangsung di Sri Pentas baru-baru ini.
ZORAYA ditemui ketika majlis sidang media Women Talk yang berlangsung di Sri Pentas baru-baru ini.

 

Program Women Talk merupakan idea Shahila Shah selaku ketua penerbitan manakala Datin Elaine Daly, Said Thani dan Farrah Naz Karim sebagai penerbit.

Program ini akan bersiaran pada setiap Sabtu, jam 5 petang dan boleh di strim secara langsung di www.tonton.com.my.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat