Aishah, Ruffedge gegar DFP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dewan Filharmonik Petronas (DFP) dan Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) berusaha memartabatkan landskap seni dan budaya Kuala Lumpur dengan mempersembahkan pelbagai konsert menarik untuk musim 2022.

Sempena Syawal, DFP meraikan suasana Aidilfitri bersama MPO dengan memberikan penghormatan kepada komposer legenda, S Atan dalam Konsert Cahaya Aidilfitri – A Tribute to S Atan pada Sabtu, 14 Mei ini, jam 8.30 malam.

Konsert dipimpin Ahmad Muriz Che Rose itu bakal menampilkan penyanyi legenda tanah air seperti Datuk Jamal Abdillah, Jay Jay dan Azlina Aziz.

Mereka berganding bahu bersama MPO mempersembahkan rendisi simfonik lagu raya ikonik ciptaan S Atan seperti Cahaya Aidilfitri, Dari Jauh Ku Pohon Maaf, Joget Hari Raya dan Salam Aidilfitri.

Selain itu, peminat R&B dan hip hop tempatan pastinya teruja apabila kumpulan Ruffedge akhirnya bakal mengadakan konsert pertama di DFP pada Sabtu, 2 Julai, jam 8,30 malam.

 

DFP meraikan suasana Aidilfitri dengan memberikan penghormatan kepada S Atan dalam Konsert Cahaya Aidilfitri - A Tribute to S Atan.
DFP meraikan suasana Aidilfitri dengan memberikan penghormatan kepada S Atan dalam Konsert Cahaya Aidilfitri – A Tribute to S Atan.

 

Konsert diberi judul Ruffera itu akan menyaksikan kumpulan popular itu membawa peminat mengimbau memori kegemilangan Ruffedge dengan mempersembahkan lagu hit seperti Tiada Lagi Cinta, Bila Rindu, Tipah Tertipu, Lemas dan Da Bomb.

Akhir sekali, penyanyi pop legenda tanah air, Datuk Aishah akan tampil dalam konsert yang dipimpin Ahmad Muriz menerusi konsert solo bertajuk Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous pada Sabtu, 6 Ogos, jam 8.30 malam.

Aishah pastinya mempamerkan vokal hebat dengan deretan lagu popularnya seperti Seloka Rindu, Fatwa Pujangga, Kemaafan Dendam Yang Terindah, Janji Manismu dan Camar Yang Pulang.

Lagu-lagu itu akan diberikan nafas baru oleh MPO. Semua konsert itu pernah dijadualkan untuk musim 2020, namun terpaksa ditangguhkan akibat pandemik COVID-19.

Namun, ia dianjurkan semula atas sokongan dan permintaan peminat yang mahukan konsert diteruskan.

Untuk maklumat lanjut mengenai konsert, boleh layari laman web DFP di www.dfp.com.my.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat