“Social Distancing” Dalam Pengangkutan Awam, Setakat Mana Kita Bersedia?

- Advertisement -

PADA bila-bila masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini akan ditamatkan nanti dan rakyat dibenarkan kembali bertugas seperti biasa. Ini logik, takkan nak PKP selama-lamanya?

Di bandar-bandar utama di Semenanjung ini, kebetulan majoriti besarnya adalah kawasan merah untuk Covid-19, pengangkutan awam menjadi pilihan utama untuk berulang alik ke tempat kerja.

Kita tidak sahaja bercakap tentang bas, teksi atau e-hailing, tapi pengangkutan rel seperti komuter, LRT, MRT dan sebagainya.

Dalam masa yang sama, sekalipun PKP mungkin sudah ditarik balik, penjarakkan sosial ini masih perlu dikekalkan untuk memastikan virus Covid-19 ini tidak tersebar semula.

Cabarannya sekarang, dengan puluhan ribu orang menggunakan pengangkutan awam ini untuk berulang alik ke tempat kerja setiap hari, entah bagimanalah kerajaan mahu memastikan kaedah penjarakkan sosial ini terus dikekalkan?

Terus terang cakap, memikirkannya sahaja pun sudah nampak mustahil.

Kalau serah kepada penumpang untuk “uruskan sendiri” – jika rasa tak sihat jangan guna perkhidmatan awam umpamanya, percayalah, ini tidak akan berjaya.

Yang kita ada masalah dengan penyebaran Covid-19 hari itu pun sebab bila serah pada suspek Covid-19 untuk kuarantin diri sendiri di rumah sementara menunggu keputusan saringan, tanpa pemantauan pihak berkuasa.

Perlu ada usaha dan penguatkuasaan dari syarikat pengendali. Rakyat Malaysia sendiri pun belum tentu mampu “self regulate” ini, penduduk Malaysia yang lain, apatah lagi.

Mungkin boleh tambah kekerapan untuk mengurangkan masalah kesesakan, ini pun boleh difikirkan.

Atau langkah yang lebih drastik – memandangkan kehidupan sudah tidak lagi biasa selepas ini, kerajaan berbincang dengan pihak industri terutama di kawasan yang padat penduduk ini agar waktu kerja itu boleh dianjalkan – tidaklah semua orang berpusu-pusu masuk atau balik kerja pada waktu yang sama.

Dengan cara ini, walaupun tahap penjarakkan sosial itu tidak 100% seperti yang diinginkan, sekurang-kurangnya, kesesakan boleh dikurangkan. Begitu juga dengan risiko jangkitan Covid-19, juga boleh dikurangkan.

Apapun, sesuatu yang sudah boleh difikirkan pihak kerajaan, kalau tidak, bimbang ada kluster pengangkutan awam pula selepas ini.

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat