Siti Nurhaliza “Raya Nak Ke Mana?” memperkasa bakat muda

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, – Dato’ Sri Siti Nurhaliza sekali lagi membuktikan relevansinya dalam industri muzik tanah air dengan pelancaran single raya terbaharu, Raya Nak Ke Mana?. Menariknya, lagu ini merupakan hasil ciptaan dua pengkarya muda berbakat, Aisha Retno dan RADi, yang memperlihatkan gabungan elemen muzik tradisional dengan sentuhan moden.

Dalam dunia muzik yang sering menyaksikan perubahan trend, Siti Nurhaliza terus membuka ruang kepada bakat-bakat baharu untuk menonjolkan kreativiti mereka. Kerjasama ini menunjukkan kepercayaannya terhadap generasi muda dalam membawa pembaharuan kepada muzik, khususnya lagu raya yang sentiasa mempunyai tempat istimewa dalam hati pendengar.

“Sebagai penyanyi yang telah lama dalam industri, saya sentiasa terbuka untuk berkolaborasi dengan bakat-bakat muda. Setiap generasi ada keunikan mereka dan saya percaya mereka mampu memberikan sentuhan segar kepada muzik tanah air,” kata Siti.

Lagu Raya Nak Ke Mana?, yang diterbitkan oleh SN Legacy Sdn. Bhd dan Universal Music Sdn. Bhd, menampilkan elemen zapin yang sinonim dengan identiti muzik Melayu tradisional. Ini membuktikan bahawa muzik klasik tetap relevan dan boleh digarap semula dengan nuansa moden yang lebih segar dan dinamik.

Keputusan Siti untuk merakamkan lagu ini dibuat sejurus selepas mendengar demo pertamanya. “Lagu ini terus memikat hati saya sejak pertama kali mendengarnya. Elemen tradisional dalam lagu ini benar-benar dekat di hati saya dan saya yakin ia akan mendapat tempat di kalangan peminat,” tambah beliau.

Selain daripada pelancaran single di platform digital, muzik video rasmi lagu ini juga dilancarkan pada hari yang sama di saluran YouTube Siti Nurhaliza pada pukul 5 petang. Pelancaran ini pastinya dinantikan oleh peminat setia beliau yang sentiasa menantikan karya baharu, terutamanya dalam genre lagu raya yang telah menjadi sebahagian daripada legasi muzik beliau.

Kesediaan Siti Nurhaliza untuk bekerjasama dengan bakat muda membuktikan bahawa muzik adalah medan tanpa sempadan generasi. Langkah ini bukan sahaja memberi peluang kepada pencipta baharu untuk bersinar tetapi juga memastikan kesinambungan muzik tradisional terus berkembang dalam industri hiburan Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat