Huawei Pocket 3 Bakal Tampil dengan Skrin Lebih Besar & Kamera 50MP

- Advertisement -

Cyberjaya – Huawei Pocket 3 semakin hampir ke peringkat pelancaran dengan beberapa spesifikasi skrin dan kamera mula tertiris. Telefon lipat ini dijangka menampilkan rekaan unik dengan pelbagai peningkatan berbanding model terdahulu.

Menurut sumber DigitalChatStation, Pocket 3 bakal hadir dengan nisbah aspek 3:2 apabila dilipat, mirip iPad Mini, menjadikannya lebih lebar berbanding telefon lipat menegak lain.

Skrin Pocket 3 dijangka menawarkan:

Skrin utama 6.28 inci, Paparan luar 3.48 inci

Rekaan lebih kecil, nipis & ringan

Skrin luarnya dikatakan lebih besar daripada model terdahulu dan Samsung Galaxy Z Flip 6, memberikan pengalaman gameplay dan penggunaan mini lebih baik pada paparan luar.


Kamera & Spesifikasi Lain

Kamera utama 50MP disertakan dengan multi-spectral shooter & beberapa sensor lain untuk peningkatan fotografi.

Ciri lain yang dijangka hadir:

Ketahanan debu & air Pengimbas cap jari di sisi

 Cip Kirin 5G dengan teras overclocked, Sokongan rangkaian 5.5G


Huawei Pocket 3 Bakal Ubah Standard Telefon Lipat?

Huawei dikatakan ingin menetapkan standard baharu dalam kategori telefon lipat menegak dengan rekaan lebih lebar, lebih ringan dan lebih berkuasa.

Buat masa ini, masih belum jelas sama ada Pocket 3 akan dilancarkan di peringkat global atau hanya untuk pasaran China.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat