KUALA LUMPUR – Faisal Halim kembali dalam senarai Harimau Malaya selepas setahun.
Penyerang Selangor itu antara 27 pemain yang diumumkan ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, di Wisma FAM sebentar tadi bagi persiapan bertemu Nepal dalam kelayakan Piala Asia 2025, 25 Mac ini.
Kali terakhir Faisal beraksi untuk negara adalah pada 24 Mac 2024 ketika bertemu Oman dalam pusingan akhir Piala Asia.
“Kami telah melihat setiap profil untuk maju ke depan. Dia seorang positif dan menarik di atas padang. Kami tidak bergantung sorang pemain semata-mata.
“Kami telah bercakap minggu lalu untuk melihat keinginan, pemikirannya dalam situasi ini. Saya lihat matanya dia dan mendapati dahagakan dan bersemangat untuk diserapkan dalam pasukan,” katanya lapor Stadium Astro.
Dalam masa sama, Cklamovski yang ditemani Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, Rob Friend, menjelaskan keberangkalian pengumuman mengejut dalam masa terdekat mengenai melibatkan beberapa tonggak lagi.