Pejuang Hilang Deposit 42 Kerusi Ditandingi, Sumbang RM210,000 Kepada SPR – Laporan

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kehilangan wang deposit pilihan raya merupakan sesuatu yang memalukan bagi calon parti yang bertanding.

Beberapa parti yang menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menyaksikan ramai calon menerima nasib sedemikian, lapor Malaysiakini.

Parti Pejuang Tanah Air atau Pejuang – parti yang diketuai bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kini mempunyai empat ahli parlimen – meletakkan seramai 42 calon dalam PRN Johor dan kesemua calonnya kehilangan wang deposit.

Secara keseluruhannya, ia berjumlah RM210,000 wang deposit yang disumbangkan Pejuang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sekaligus mencatat rekod sebagai parti paling banyak hilang deposit dalam PRN tersebut.

Menurut laporan itu lagi, calon Pejuang yang dilihat paling berpengaruh, Datuk Shahruddin Md Salleh yang merupakan ketua parti itu di Johor, dan Ahli Parlimen Sri Gading – hanya boleh mengumpulkan 465 undi atau 2.39 peratus undi sahaja untuk Pejuang di DUN Machap.

DUN Machap dimenangi BN menerusi calonnya Onn Hafiz Ghazali yang meraih sokongan 11,029 undi, peningkatan 1,654 undi berbanding perolehan 9,375 undi pada PRU14.

Sepanjang kempen PRN Johor, Pejuang memfokuskan serangan ke atas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, isu 1MDB serta memperlekehkan UMNO dan BN.

Selain aktif berkempen secara bersemuka, Dr Mahathir turut menulis lima pucuk surat menyeru rakyat Johor menolak Najib dan UMNO yang digelar perompak, pencuri dan penyamun.

Sementara itu, dua lagi parti yang mempunyai ahli parlimen tetapi gagal menyelamatkan deposit di Johor ialah Warisan dan Parti Bangsa Malaysia (PBM). Warisan meletakkan enam calon dan PBM empat.

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masing-masing meletakkan seorang calon. Kedua-duanya turut hilang deposit, kata laporan itu lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat