Usahawan myAgropreneur Perikanan tembusi pasaran antarabangsa

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

SHAH ALAM – Ramai usahawan besar yang kita lihat hari ini bermula dengan perniagaan kecil yang mereka usahakan di rumah berbekalkan kerja keras dan semangat yang kuat, Insya-Allah saya yakin mereka mampu berjaya dalam bidang perniagaan yang berasaskan makanan.

Saya mahu jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) membantu pengusaha-pengusaha kecil untuk bersaing dan menjadi usahawan yang berjaya suatu hari nanti.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Hj Mohamad Sabu berkata demikian sempena lawatan kerjanya ke Projek Industri Asas Tani (IAT) Keropok House & Industry Sdn Bhd di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Dato’ Adnan Hussain berkata, program myAgropreneur Perikanan (myAP) terbukti membantu golongan sasar untuk menaik taraf kehidupan mereka di samping turut merancakkan ekonomi Malaysia.

Katanya, nilai pengeluaran myAP seluruh Malaysia pada tahun 2022 adalah sebanyak RM 18,540,000 melibatkan 72 usahawan manakala pada 2023 pula pengeluarannya mencatatkan peningkatan sebanyak RM 22,875,000 dengan 78 usahawan.

Usahawan myAP turut mendapat sokongan teknikal dari DOF dalam pengurusan dan operasi perniagaan mereka, termasuklah pemantauan kualiti produk, penguatkuasaan undang-undang perikanan dan penyelesaian masalah yang berkaitan dengan perniagaan.

“DOF telah membangun dan memajukan usahawan dan komuniti perikanan, membantu mereka meneroka peluang perniagaan berdasarkan sumber perikanan.

Selain itu membantu usahawan memasarkan produk mereka melalui karnival usahawan perikanan, Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) dan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPNK) serta pelbagai platform lain termasuk membantu memasarkan kepada restoran, pasar tempatan selain pembeli luar negeri, ”katanya lagi.

Sementalah itu, Keropok House & Industry Sdn Bhd telah menerima bantuan dari DOF pada 2016 dan 2022 melalui bantuan Sistem Penyampaian dan Khidmat Sokongan Pengembangan (SPEKS) sebanyak RM43,500 bagi mempertingkatkan hasil produk yang dipasarkan.

Syarikat milik Bumiputera ini berjaya menembusi pasaran antarabangsa ke Australia, Singapura dan Brunei telah menjalankan perusahaan keropok lekor dan pelbagai produk frozen food antaranya Otak- Otak dan Samosa merupakan usahawan myAP di bawah bimbingan DOF Selangor dan bertapak di sini sejak 23 tahun lalu.

Syarikat ini telah memperolehi pensijilan Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP), kualiti dan mutu produk keluaran syarikat turut menerima pensijilan Good Manufacturing Practise (GMP) dan pensijilan Halal. – SUARA TV.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat