Peranan JANM check and balance, tingkat ketelusan pengurusan zakat -Ketua Audit Negara

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

SEREMBAN – Jabatan Audit Negara Malaysia (JANM) memainkan peranan penting sebagai check and balance untuk meningkatkan ketelusan pengurusan zakat dan keyakinan pemegang taruh terutamanya pembayar zakat.

Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata demikian ketika meluncurkan kursus Pemantapan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam di Akademi Audit Negara (AAN) di sini pada Selasa.

Menurutnya, kursus ini akan memberi manfaat kepada peserta terutamanya berkaitan pengurusan kewangan serta memberi pendedahan tentang ciri-ciri penyata kewangan yang teratur dan mengukuhkan kefahaman berkenaan perekodan item selaras dengan piawaian perakaunan yang diguna pakai.

“Selain itu, menjadi platform perbincangan dalam usaha mengurangkan isu berkaitan pengurusan kewangan dan penyediaan penyata kewangan yang dibangkitkan semasa pengauditan.

Ianya juga mencerminkan komitmen dan kesediaan JANM bagi membantu meningkatkan tata kelola dan prestasi kewangan Majlis Agama Islam, ”katanya.

Katanya lagi, sebanyak lapan buah Majlis Agama Islam Negeri telah diberikan Sijil Tanpa Teguran bagi Penyata Kewangan 2022.

Antaranya, Majlis Islam Sarawak (MIS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis ( MAIPs), Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) , Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) , Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK).

Kursus yang julung kali dianjurkan oleh pihak JANM ini dihadiri oleh seramai 70 peserta mensasarkan dari kalangan Yang Dipertua, Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif, Setiausaha dan Pegawai Kewangan Majlis Agama Islam Negeri serta agensi berkaitan pengurusan baitulmal, zakat dan wakaf.

JANM melalui AAN menganjurkan Kursus Pemantapan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam (MAI) selama 3 hari bermula 13 hingga 15 Februari 2024.

Hadir sama, Akauntan Negara Malaysia, Nor Yati Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan JAKIM, Dato’ Haji Zamani Ahmad Mansor dan Ketua Pegawai Eksekutif MUIS, Ramlan Awang Ali. -SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat