Minta kerajaan beri perhatian isu kebajikan, latihan kemahiran

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) dalam proses menyerahkan memorandum yang mengandungi input daripada pekerja filem Malaysia untuk diserahkan kepada kerajaan.

Ia sebagai usaha merancakkan pembangunan sektor industri kreatif pada fasa peralihan endemik melalui peruntukan di bawah Belanjawan 2023 yang bakal dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari ini.

Presiden PROFIMA, Khalil Salleh berkata, antara permintaan dan hajat besar untuk perhatian Kerajaan Perpaduan adalah isu kebajikan pekerja filem dan pendidikan.

“PROFIMA mohon subsidi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dikekalkan agar lebih ramai pekerja seni dapat mencarum.

“Kesedaran mencarum dengan PERKESO timbul sejak tahun lalu melalui kempen yang dianjurkan persatuan pada mesyuarat agung tahunan.

“Setakat ini, hanya kira-kira 700 ahli PROFIMA yang mencarum dengan PERKESO. Kita difahamkan, kerajaan tidak lagi memberi subsidi untuk PERKESO,” katanya kepada BH Online.

Sehubungan itu, PROFIMA berharap kerajaan dapat mengekalkan pemberian subsidi mungkin untuk setahun lagi.

“Jika tidak ada pemberian subsidi, nilai caruman lebih tinggi dan menyukarkan kami untuk berkempen menggalakkan ahli mencarum, apatah lagi, mereka masih ‘merangkak’ pada fasa COVID-19,” katanya.

Khalil berkata, PROFIMA juga memohon kerajaan menimbangkan pemberian kuota perumahan kos rendah di Lembah Klang dan Selangor untuk pekerja filem.

 

Khalil berkongsi, antara permintaan dan hajat besar untuk perhatian Kerajaan Perpaduan adalah isu kebajikan pekerja filem dan pendidikan.
Khalil berkongsi, antara permintaan dan hajat besar untuk perhatian Kerajaan Perpaduan adalah isu kebajikan pekerja filem dan pendidikan.

 

Tambahnya, 80 peratus daripada 22,500 ahli PROFIMA belum memiliki rumah sendiri.

“Selama ini, pekerja filem tidak pernah dilayan dalam isu perumahan. Kami tidak pernah diberi muka sedangkan artis sudah banyak kali mendapat perhatian kerajaan untuk mendapatkan rumah kos rendah.

“PROFIMA tiada isu mengenai pemberian rumah untuk artis nama besar atau veteran, cuma berilah sedikit muka kepada kami.

“Paling tidak, peruntukan 20 unit atau 30 unit rumah sudah memadai kerana hampir 80 peratus ahli PROFIMA tidak mampu memiliki rumah sendiri.

“Mungkin saya perlu lebih agresif kerana perjuangan untuk mendapatkan rumah bagi ahli tidak dipandang. Ini sangat mengecewakan. Jadi, saya amat berharap bajet khusus diberi untuk pekerja belakang tabir,” katanya.

Khalil memohon kerajaan menyalurkan dana latihan kemahiran lebih banyak kepada PROFIMA kerana bidang kemahiran filem sangat penting dalam membangunkan industri filem Malaysia.

“Kita sedia maklum FINAS menyediakan geran, tetapi perlu diberi sama rata kepada persatuan lain.

“PROFIMA ada 24 bidang kepakaran, kita faham untuk menjalani latihan di luar negara memerlukan kos tinggi, jadi kami berharap persatuan yang betul-betul layak diberi latihan dan pendidikan.

“Langkah ini penting agar kita dapat memperbanyakkan lagi pekerja berkemahiran tinggi,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat