PM lawat Brunei Darussalam Isnin ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan melakukan lawatan secara rasmi selama dua hari ke Brunei Darussalam mulai isnin ini.

Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Kedua-dua pemimpin akan mengambil peluang untuk menilai kemajuan kerjasama yang sedang berjalan disamping mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama pasca COVID-19 yang akan memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Ini termasuk perbincangan mengenai cadangan pengwujudan aturan Laluan Perjalanan Vaksin (VTL) melalui udara di antara Malaysia dan Brunei, kerjasama dalam bidang diplomasi kesihatan, dan cadangan ke arah pengukuhan kerjasama ekonomi.

Pertemuan ini akan disusuli dengan Majlis Santapan Rasmi yang akan dihoskan oleh Paduka Seri Baginda Sultan Brunei.

Perdana Menteri juga akan menghadiri sesi pertemuan bersama diaspora Malaysia di Bandar Seri Begawan.

Perdana Menteri akan diiringi oleh isteri, Datin Sri Muhaini Zainal Abidin, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negeri, Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Haji Fadillah Haji Yusof, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim, serta Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan.

Selain pertemuan antara kerajaan, Perdana Menteri akan turut mengadakan perbincangan tertutup empat mata dengan Tuanku Sultan Hassanal Bolkiah. Manakala isteri Perdana Menteri, Datin Sri Muhaini Zainal Abidin akan menghadap Raja Permaisuri Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Brunei merupakan negara ketiga dalam rangka lawatan rasmi luar negara Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Sebelum ini beliau telah membuat lawatan rasmi ke Indonesia pada 9-11 November 2021 dan ke Singapura pada 29 November 2021.

Lawatan rasmi ini dijangka akan mengukuhkan lagi hubungan dua hala kedua-dua buah negara Islam di rantau ini.

Malaysia – Brunei sentiasa mempunyai hubungan rapat dari segi sempadan, sejarah dan hubungan diplomatik. -SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat