Dana RM2 Bilion Untuk Skim Jaminan Kredit Perumahan Bagi Generasi Ke-2 Felda- PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kerajaan  memahami generasi ke-dua Felda  sukar untuk mendapatkan pembiayaan bagi memiliki rumah sendiri sehingga terpaksa tinggal bersama ibu bapa.

Oleh yang demikian, kerajaan dalam Bajet 2022 telah mengumumkan skim jaminan kredit perumahan dengan dana RM2 bilion untuk bantu generasi kedua yang tidak ada slip gaji tetapi boleh mendapatkan pinjaman dan pinjaman itu dijamin kerajaan.

Ujarnya, generasi baru tidak mampu untuk mendapatkan pembiayaan bank sebab tidak ada slip gaji dan projek perumahan ini menjadi aspek penting dalam meningkatkan taraf sosioekonomi komuniti FELDA keseluruhannya.

“Bukan hanya tidak ada pendapatan tetap dan slip gaji boleh beli rumah. Dalam mesyuarat Majlis Perumahan Mampu Milik Negara kita telah beri arahan kepada Gabenor Bank Negara supaya buat peraturan mempermudahkan pinjaman perumahan kepada generasi kedua FELDA.

“Saya telah mengumumkan baru-baru ini Satu Keluarga Satu Rumah, tapi kerana birokrasi yang ketat untuk pinjaman, hasrat kerajaan tidak akan berjaya kerana karenah birokrasi bank.

“Saya juga berharap pelaksanaan Program Pembangunan Peneroka (PPP) dapat dipercepatkan lagi kerana projek ini bukan sahaja akan menjana pendapatan tambahan kepada peneroka, malah secara langsung akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada warga FELDA.” ujarnya ketika berucap di Majlis Makan Malam serta Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan MBFM, KAF dan PERSADA, di sini, sebentar tadi. -SuaraTV

.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat