PM Ucap Selamat Hari Radio Sedunia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata radio menjadi medium penting untuk rakyat mendapatkan maklumat semasa.

Katanya lagi, dan melalui radio jua kita mengumpulkan semangat-semangat pejuang dalam mempertahankan tanah air ketika pra dan pasca merdeka.

Selain itu, radio bukan sahaja gaya hidup, tetapi keperluan seharian yang amat penting dalam kehidupan masa kini.

“Malaysia merupakan antara negara kolonial British terawal menggunakan teknologi radio.

”Malah pada pra dan pasca merdeka juga, radio menjadi medium penting untuk rakyat mendapatkan maklumat semasa pada masa itu, dan melalui radio jua kita mengumpulkan semangat-semangat pejuang dalam mempertahankan tanah air.

”Kini, radio menjadi nadi aspirasi di kala pagi, peneman di kala tengahari dan hiburan di kala petang, saat Keluarga Malaysia memandu pulang, radio juga menjadi rakan yang akrab disisi.” Kata Ismail Sabri melalui catatan Facebooknya sempena Hari Radio Sedunia 2022.

Beliau berharap melalui radio dapat teruskan menyebarkan informasi terkini kerana fungsi radio terus relevan sampai bila-bila.

Terdahulu, Hari Radio Sedunia disambut pada 13 Februari setiap tahun.

Sambutan tahun ini yang bertemakan ‘Radio dan Keyakinan’ turut diperincikan kepada tiga sub tema iaitu kebolehpercayaan dalam kewartawanan radio, kebolehpercayaan dan kebolehaksesan serta kebolehpercayaan dan daya maju stesen radio.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat