Ringgit Ditutup Rendah Berikutan PKP, Pengisytiharan Darurat

15 Orang Penduduk Setinggan Kwong Tong Dapat Tawaran Rumah DBKL

CYBERJAYA: Susulan lawatan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa ke setinggan Kwong Tong semalam, seramai 15 orang penduduk telah menerima tawaran rumah DBKL. Pada...

UMNO tidak tunduk, dibuli atau dibeli – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan bahawa UMNO bukan parti tidak sedar diri. Malah beliau menegaskan, UMNO bukan parti...

Majlis Presiden PN Berpuas Hati Penjelasan Ordinan Darurat, Pengurusan Darurat Serta Pandemik Covid-19 – PM

CYBERJAYA: Majlis Presiden Perikatan Nasional yang mengadakan mesyuarat pada petang tadi berpuas hati dengan penjelasan dan perbincangan panjang lebar mengenai Ordinan Darurat, pengurusan darurat,...

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

Syed Saddiq Dakwa Menteri Pujuk Sokong PN Jika Mahu MUDA Diluluskan

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin ‘memujuknya’ supaya menyokong kerajaan Perikatan...

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila para pelabur masih tidak pasti berhubung pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) dan pengisytiharan darurat.

Pada 6 petang, ringgit susut 70 mata asas untuk ditutup kepada 4.0550/0600 daripada 4.0480/0530 berbanding dolar AS.

“Ianya berkisar tentang ketidakpastian berhubung PKP dan Darurat,” kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid kepada Bernama.

Bagaimanapun, beliau percaya pengedaran vaksin pada Februari akan memberi keyakinan pada masa hadapan.

“Namun, ia akan mengambil sedikit masa kerana vaksinasi kepada keseluruhan masyarakat hanya boleh dicapai kemungkinan paling awal pada suku ketiga atau keempat 2021,” katanya.

Berhubung dagangan hari ini, Mohd Afzanizam berkata dagangan ringgit berbanding dolar tidak menentu pada sesi pagi dengan unit tempatan susut ke paras RM4.0755 apabila pasaran mula mencerna pengumuman darurat.

Bagaimanapun, katanya, pada sesi tengah hari keadaan kembali stabil.

“Barangkali, disebabkan keadaan lebih jelas bahawa sektor ekonomi akan berfungsi seperti biasa semasa darurat dan tidak ada perintah berkurung, membayangkan akan ada pergerakan manusia berdasarkan kepada apa yang dinyatakan dalam pengumuman semalam,” katanya.

Mohd Afzanizam percaya ringgit berbanding dolar AS akan kekal didagangkan dalam dagangan jajajaran kecil dalam tempoh terdekat ini.

Pada penutup, ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.
Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0535/0575 daripada 3.0436/0478 pada Isnin dan susut berbanding yen kepada 3.8927/8978 daripada 3.8882/8934.

Berbanding pound britain, ringgit jatuh kepada 5.5156/5236 daripada 5.4616/4687 dan susut berbanding euro kepada 4.9313/9378 daripada 4.9236/9309 sebelumnya.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

MENJAWAB TUDUHAN 30 DALIL MENGAPA ZAHID HAMIDI PERLU BERUNDUR

Tuduhan 1: Kes Mahkamah Zahid Hamidi berhadapan dengan 87 kes mahkamah. Bagaimana UMNO hendak bangkit menjadi kuat. Jawapan: Ketika regim PH berkuasa dibawah Dr Mahathir, Zahid Hamidi...

Berita Berkaitan

Kerajaan Tutup Ekonomi Sepenuhnya Jika Kes Covid-19 Terus Meningkat Selepas 4 Februari?

CYBERJAYA: Kerajaan dijangka akan melaksanakan penutupan ekonomi sepenuhnya sekiranya jumlah kes harian Covid-19 di negara ini tidak menunjukkan penurunan, lapor Malay Mail. Portal itu memetik...

CGS-CIMB Jangka Inflasi Naik Kepada 1.6 Peratus Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 22 Jan -- CGS-CIMB Securities Sdn Bhd menjangka kadar inflasi akan naik kepada 1.6 peratus pada 2021, didorong oleh kenaikan harga komoditi. Dalam...

AirAsia Mahu Kumpul RM454.51 Juta Melalui Tawaran Saham Persendirian

KUALA LUMPUR: AirAsia Group Bhd bercadang untuk melaksanakan tawaran saham persendirian sehingga 20 peratus daripada 3.34 bilion saham sedia ada bagi mengumpul kira-kira RM454.51...