WHO Umum Pasukan Saintis Akan Ke China Kaji Asal Usul COVID-19

Peniaga boleh pohon surat kebenaran perjalanan sekali sahaja – Polis Kelantan

KOTA BHARU: Penduduk di Kelantan yang bekerja sendiri atau pekerja harian tiada majikan, kini dibolehkan memohon surat kebenaran perjalanan sekali sahaja di balai polis...

Berhemah ketika pkp

BERDEPAN kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan di enam negeri, Rabu lalu dilanjutkan, artis dan selebriti membuat persediaan agar impak penularan Covid-19 tidak...

Judi Dench terima suntikan vaksin Covid-19

London: Pelakon veteran Britain, Judi Dench, 86, sudah menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 baru-baru ini dan berkongsi pengalaman menjadi salah seorang individu terawal menerima...

HUAWEI Mate 40 Pro, Peranti Serba Lengkap Tanpa Servis Daripada Google

etahun berlalu dan pada Oktober lalu HUAWEI telah melancarkan model terbaru pada siri Mate iaitu HUAWEI Mate 40 Pro. Siri Mate ini sebelum ini...

Chris Evans Beri ‘Hint’ Untuk Kembali Sebagai Captain America Di MCU

Filem Avengers: Endgame sebelum ini pernah menggemparkan dunia dengan gugurnya watak Ironman dan Captain America dalam Marvel Cinematic Universe (MCU). Rata-rata peminat filem Marvel meratapi kesedihan disebabkan...

SELEPAS tertangguh beberapa minggu, pasukan saintis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan ke Wuhan, China untuk misi kenal pasti punca virus COVID-19.

Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, ini selepas China memberikan lampu hijau kepada agensi berkenaan untuk menjalankan kajian.

“Kami gembira kerana kumpulan saintis antarabangsa, pakar terkemuka dari sepuluh institusi dan negara akan memulakan perjalanan ke China untuk mengkaji penyelidikan saintifik mengenai asal-usul virus COVID-19 ini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan GOARN (Global Outbreak Alert And Response Network) dan negara-negara yang menyokong misi ini termasuk Australia, Denmark, Jerman, Kenya, Jepun, Belanda, Qatar, Rusia, Sudan, United Kingdom, Amerika Syarikat, Vietnam dan rakan-rakan kami dari China.

“Kajian akan dimulakan di Wuhan untuk mengenal pasti sumber kemungkinan jangkitan pada kes awal. Bukti saintifik akan mendorong hipotesis yang kemudian akan menjadi asas untuk kajian jangka panjang. Ini penting bukan hanya untuk COVID-19, tetapi untuk masa depan keselamatan kesihatan global dan untuk menguruskan ancaman penyakit yang muncul dengan potensi pandemik,” katanya.

China dilaporkan sebelum ini main tarik tali berhubung kebenaran kepada WHO untuk menjalankan kajian.

Namun Beijing memaklumkan, kelewatan itu adalah disebabkan beberapa masalah logistik.

Lapor Associated Press baru-baru ini, bahawa China mengendalikan semua penyelidikan mengenai asal-usul COVID-19 dengan ketat dan bimbang pasukan WHO mempunyai agenda mereka yang tersendiri – Astro Awani

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Henti hangatkan isu kartel daging haram

Oleh: RAMLY HASSAN ISU kartel daging haram menjadi topik hangat perbincangan masyarakat ketika ini. Bukan sahaja ia diperkatakan oleh jabatan netizen sebaliknya, isu tersebut kini...

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Berita Berkaitan

Biden Cadang Pelan Pemulihan Ekonomi AS Bernilai AS$1.9 trilion

WASHINGTON: Presiden dipilih, Joe Biden mencadangkan suntikan dana bernilai AS$1.9 trilion (RM7.6 trilion) bagi pelan pemulihan ekonomi Amerika Syarikat (AS) sebaik beliau mengambil alih...

Dua Pakar WHO Terkandas Di Singapura Selepas Diuji Positif Covid-19

GENEVA - Dua pakar dalam misi antarabangsa untuk menyiasat asal usul COVID-19 di China masih terkandas di Singapura selepas didapati positif virus berkenaan, menurut...

Trump Didakwa Kali Kedua, Pertama Dalam Sejarah Presiden AS

AMERIKA SYARIKAT: Pengurus pendakwaan mula melakar strategi pertuduhan yang akan dikenakan terhadap Presiden Trump di Senat. Pengurus pendakwaan ini dilantik setelah Speaker Nancy Pelosi menandatangani...