Su.Re Sihat KL lancar Kempen ‘Lose to Win’ perangi obesiti di Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Persatuan Sukan, Rekreasi dan Kesihatan Kuala Lumpur (Su.Re Sihat KL) baru-baru ini telah melancarkan Kempen ‘Lose to Win’ bagi memerangi masalah obesiti di Malaysia.

Presiden, Su.Re Sihat KL, Shameem Akhtar Mohd Ashraf berkata, pihaknya berazam untuk meningkatkan kesedaran rakyat di negara ini terhadap epidemik tersebut.

Menurutnya, Malaysia kini telah menduduki tangga pertama obesiti di asia tenggara dan tangga kedua di peringkat global.

“Obesiti kini bukan lagi dilabel sebagai penyakit negara dan isi rumah berpendapatan tinggi. Dahulu kita menganggap orang menghidap obesiti akibat makan secara keterlaluan.

“Hari ini, anda pasti terkejut apabila mengetahui bahawa golongan B40 dan asnaf yang berpendapatan rendah juga boleh menghidap obesiti akibat faktor lain seperti kekurangan makanan berkhasiat, suasana bertekanan tinggi, genetik, kualiti hidup yang rendah dan banyak lagi,” katanya dalam satu sidang media semalam.

Oleh Itu beliau berkata melalui kempen ini pihaknya akan bekerjasama dengan rakan l-rakan kongsi dan mengumpul dana bagi 20 individu yang berpendapatan rendah.

Jelasnya mereka yang terpilih akan menjalani program pengurusan obesiti menyeluruh termasuk prosedur kesihatan, pelan nutrisi, senaman dan lain-lain.

“Kami mahu mengubah kehidupan individu tersebut supaya mereka boleh meneruskan pekerjaan mereka untuk menampung ahli keluarga masing-masing.

“Kami berharap apabila kempen ini dapat diteruskan dengan penyertaan rakan kongsi korporat, lebih ramai individu menghidapi obesiti dapat menikmati program pengurusan obesiti ini secara percuma,”katanya.

Program ini juga melibatkan pembedahan yang akan dilaksanakan oleh doktor pakar Asia Pasifik dalam bidang saluran gastro usus atas (upper gastrointestinal) dan bariatrik, Dr. Mustafa Mohammed Taher dari Pusat Perubatan Gastro Usus dan Hati (CENGILD).

Pelancaran Kempen ‘Lose to Win’ tersebut, turut dihadiri penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Aishah dan Datin Alyah yang dijemput untuk berkongsi perjalanan mereka menjalani program pengurusan berat badan di bawah pemantauan Dr. Mustafa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat