Anwar bantu Zahid lemahkan Tok Mat dalam Umno dakwa Wan Saiful

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa Perdana Menteri membantu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melemahkan pesaing politiknya iaitu Datuk Seri Mohamad Hasan dengan menukar portfolio dari Menteri Pertahanan kepada Menteri Luar Negeri.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu mendakwa, perubahan portfolio Mohamad adalah bertujuan menyekat kemaraan Timbalan Presiden Umno itu.

“Maka inilah yang Datuk Seri Anwar Ibrahim lakukan untuk bantu Zahid Hamidi. Demi menyekat kemaraan Mohamad, maka Anwar hantar dia ke Kementerian Luar, iaitu sebuah Kementerian yang penting untuk negara tapi tidak strategik untuk individu yang satu tangga saja lagi boleh menyanggah Zahid Hamidi sebagai Presiden Umno.

“Kementerian Luar tidak strategik bagi Tok Mat kerana beliau akan terpaksa berada di luar negara untuk tempoh yang lama dan ini membuka ruang untuk Zahid terus mencatur sokongan untuk dirinya sendiri dalam Umno.

“Di bawah Kementerian Luar juga tidak banyak agensi yang Tok Mat boleh gunakan untuk bagi payung kepada akar umbi Umno. Maka nilai Tok Mat dalam parti akan turun,” dakwa Wan Saiful.

Maksud beliau, walaupun melakukan khidmat penting untuk negara, kedudukan Tok Mat (Mohamad) dalam Umno sedang dilemahkan oleh Zahid.

“Anwar bantu mencaturkan untuk melemahkan rival Zahid sebab Zahid mungkin sudah mula rasa insecure juga,” dakwanya lagi.

Dalam komentar lanjut, Wan Saiful berasa lega apabila Anwar sendiri telah sedar beliau tidak kompeten sebagai Menteri Kewangan.

“Kesedaran ini membawa kepada pelantikan seorang tokoh korporat sebagai Menteri Kewangan 2.

“Pelantikan tokoh korporat menunjukkan betapa Anwar tiada keyakinan terhadap ahli-ahli Parlimen sendiri. Dalam sebegitu ramai Ahli Dewan Rakyat kerajaan, dan sebegitu ramai pemimpin parti-parti dalam kerajaan yang boleh dilantik jadi Senator, nampaknya Anwar berpandangan tiada seorang pun yang kompeten untuk menjadi Menteri Kewangan 2. Maka dia terpaksa mencari orang yang kompeten dari luar Parlimen dan luar parti.

“Saya rasa hampir semua ahli Parlimen tidak membantah bahawa sebenarnya individu paling layak jadi Menteri Kewangan 2 ialah Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Ahli Parlimen Titiwangsa.

“Saya dari awal tahun 2023 lagi dah sebut bahawa Datuk Jo adalah tokoh berwibawa. Malangnya Datuk Jo hanya jadi Menteri Perladangan.

“Saya rasa Anwar bimbang kalau Datuk Jo jadi MK2, maka Dato Jo akan “outshine” Anwar sendiri. Orang yang “insecure” macam Anwar memang tak akan lantik sesiapa yang boleh jadi “rival” ke jawatan besar,” dakwa beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat