Program Usahawan Tani diperluas kepada syarikat swasta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Program Usahawan Tani (INTAN) di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) akan diluaskan lagi dengan penyertaan syarikat-syarikat swasta untuk menjadi rakan strategik melalui Request for Proposal (RFP).

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, satu sesi saringan idea dan pembentangan(pitching) telah dilakukan di mana panel-panel penilai boleh mendengar sendiri dan bertanyakan soalan berkenaan idea-idea yang telah disampaikan.

“Kementerian Ekonomi memperuntukkan RM100 juta bagi tahun 2023 untuk pelaksanaan projek IPR-INTAN secara RFP oleh syarikat swasta terpilih.

“Inisiatif ini akan dilaksanakan oleh tujuh Pihak Berkuasa Koridor (PBK) dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) yang bertanggungjawab menguruskan keseluruhan proses RFP,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat