Purata 121 pasangan Islam cerai sehari

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- “Kira-kira lima permohonan perceraian membabitkan pasangan Islam diterima mahkamah syariah seluruh negara dalam tempoh sejam, menjadikan purata 121 permohonan difailkan dalam tempoh sehari.

Manakala bagi perceraian membabitkan pasangan bukan Islam pula, beliau berkata, purata kira-kira 18 kes direkodkan di seluruh negara dalam tempoh sehari,” kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Menurut beliau, sebanyak 66,440 permohonan cerai membabitkan pasangan Islam difailkan di mahkamah syariah seluruh negara sejak Mac 2020 hingga Ogos lalu.

Katanya, statistik Jabatan Kehakiman Syariah itu bagaimanapun hanya menunjukkan bilangan kes permohonan cerai yang difailkan dan bukan bermaksud semuanya diluluskan serta berakhir dengan perceraian.

Selangor mencatatkan daftar permohonan cerai tertinggi dengan 12,479 kes, diikuti Johor (7,558), Kedah (5,985), Kelantan (5,982), Perak (5,921), Terengganu (5,098), Pahang (5,058), Sabah (4,010), Wilayah Persekutuan (3,854), Negeri Sembilan (3,473), Pulau Pinang (2,978), Perlis (1,081) dan Sarawak (561).

“Bagi pasangan bukan Islam pula, sebanyak 10,346 kes perceraian difailkan di seluruh Malaysia bagi tempoh sama dengan Selangor mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu sebanyak 3,160 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 2,893 kes dan Perak 1,209 kes.

“Ia disusuli 1,197 kes perceraian difailkan di Johor, diikuti Negeri Sembilan dengan 861 kes, Melaka sebanyak 449 kes, Pahang dengan 386 kes, Kedah sebanyak 76 kes, Kelantan 45 kes, Perlis dengan 41 kes dan Terengganu sebanyak 29 kes,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Noor Amin Ahmad (PH-Kangar) mengenai sokongan diberikan kepada pasangan selepas bercerai serta perbandingan kenaikan jumlah perceraian di negara ini.

“Sedang kita bercakap dalam dewan ini, ada orang yang memohon cerai, maksudnya begitulah dia punya konteks dan suasana. Kita pun risau, jadi sebab itulah saya percaya walaupun bukan dalam bidang kuasa atau konteks Parlimen dan Undang-Undang, banyak sistem sokongan (diberikan) yang bukan sahaja berada di bawah kementerian ini.

“Banyak kementerian lain telah lakukan untuk sama-sama memberikan sokongan kepada pasangan ini. Ia supaya mereka dapat bukan sahaja dari segi mental, tetapi juga dari segi sokongan keluarga untuk meneruskan kehidupan dan berdepan pelbagai masalah, terutamanya pandemik,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat