Bukan tugas speaker tentukan majoriti PM, timbalan menteri kritik Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Speaker tidak mempunyai kuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk memberitahu perdana menteri mengenai apakah dia mempunyai majoriti,” beritahu Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ali yang juga Ahli Parlimen Saratok itu berkata demikian bagi menyanggah kritikan Presiden PKR berkenaan terhadap Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun apabila mengatakannya “tidak layak memegang jawatan tersebut”.

Sebelum itu, Anwar mendakwa Azhar gagal memaklumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang beliau telah hilang majoriti setelah beberapa ahli Parlimen UMNO menarik sokongannya kepadanya.

“Berdasarkan Artikel 43 (4) Perlembagaan Persekutuan, akhirnya perdana menteri yang memutuskan apakah dia mempunyai majoriti di Dewan Rakyat.

“Sekiranya speaker memberitahu Perdana Menteri secara rasmi tentang apakah beliau memiliki majoriti, speaker akan bertindak di luar bidang kuasa dan kekuasaannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Anwar dipetik oleh The Vibes mempersoal apakah Azhar cuba menutup kelemahan kerajaan yang telah kehilangan majoriti.

Ali, yang sebelum ini merupakan Naib Presiden PKR sebelum menyertai Perikatan Nasional tahun lalu, mempersoalkan apakah Anwar sengaja membelakangkan Perlembagaan.

“Sangat memalukan apabila pemimpin pembangkang, yang telah menjadi ahli Parlimen selama beberapa dekad, sama sekali tidak tahu fakta ini atau lebih teruk lagi, dia sedar sepenuhnya tapi sengaja mengelirukan orang ramai untuk melancarkan serangan hebat terhadap speaker dan institusi Parlimen.

Menyifatkan serangan bekas bosnya terhadap speaker itu sebagai “benar-benar berniat jahat”, Ali juga mengecam pemimpin pembangkang itu kerana bercita-cita untuk menjadi perdana menteri.

Ali mengingatkan Anwar bahawa perdana menteri telah menetapkan 7 September untuk usul percaya dibawa ke Dewan Rakyat.

Muhyiddin mendapat sokongan 23 ahli Parlimen UMNO setelah 15 ahli Parlimen UMNO menarik balik sokongan terhadapnya.

Ini bermaksud Muhyiddin hanya mendapat sokongan daripada 100 ahli Parlimen iaitu kurang 11 untuk mendapat majoriti mudah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat