318 Kematian, 21,668 Kes Jangkitan Baru Covid-19 – Dr Noor Hisham

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kes harian Covid-19 melonjak kepada 21,668 kes yang tertinggi sejak pandemik dikesan di negara ini dan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 mencecah 1,342,215 kes.

Angka kematian sebanyak 318 orang semalam juga adalah antara yang tertinggi pernah dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada angka kematian itu, 62 orang melibatkan warga asing selain 93 kes yang meninggal dunia di luar hospital.

Kes harian tertinggi itu dicatatkan selepas tiga kali kes harian melepasi angka 20,000 iaitu 20,780 kes kelmarin, 20,889 kes (6 Ogos) dan 20,596 kes (5 Ogos).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit sedang dirawat dan diasingkan juga terus meningkat dengan 237,021 kes termasuk 1,059 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 543 kes memerlukan bantuan pernafasan manakala, sebanyak 17,687 kes sembuh direkodkan.

Daripada jumlah kes semalam, tujuh negeri merekodkan kes empat digit iaitu Selangor (6,278 kes), diikuti oleh Kuala Lumpur (2,436 kes), Kedah (2,143 kes), Sabah (2,052 kes), Johor (1,706 kes), Pulau Pinang (1,229 kes) dan Sarawak (1,216 kes).

Noor Hisham berkata, sebanyak 440 kes (2.1 peratus) daripada kes yang positif semalam daripada kategori tiga, empat dan lima, manakala sebanyak 21,228 kes (97.9 peratus) adalah kategori satu dan dua.

“Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosis Covid-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga berubah status kesihatan sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

“Secara keseluruhan, hanya 2,720 kes (12.6 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan telah lengkap divaksinasi lengkap dua minggu selepas dos kedua vaksinasi. Didapati 87.44 peratus kes yang baharu didiagnosis Covid-19 tiada atau tidak lengkap vaksinasi,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini semalam.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, sebanyak 45 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada 30 kluster tempat kerja, 11 kluster komuniti serta masing-masing dua kluster kumpulan berisiko tinggi dan pendidikan tinggi. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat