Biden Pilih Wanita Kulit Hitam Sebagai Calon Naib Presiden

- Advertisement -

AMERIKA SYARIKAT: Calon Presiden bagi parti Demokrat, Joe Biden hari ini mengumumkan pemilihan senator wanita berkulit hitam, Kamala Haris sebagai gandingannya bagi pemilihan Presiden pada November depan – pertama seumpamanya dalam sejarah pemilihan Presiden negara tersebut.

“Saya telah memutuskan bahawa Kamala Harris adalah orang terbaik untuk menolong saya membawa pertarungan ini kepada Donald Trump dan Mike Pence dan kemudian memimpin negara ini mulai Januari 2021,” kata calon presiden Demokratik tersebut dalam satu e-mel pada hari Selasa.

Keduanya akan tampil bersama buat pertama kalinya dalam pidato pada Rabu di Wilmington, Delaware. Pasukan kempen Biden bagaimanapun, belum menyatakan pukul berapa ucapan itu akan berlangsung.

Kamala adalah bekas pesaing Biden untuk calon Presiden dari parti Demokrat. Tindakan menamakan Kamala akan mengukuhkan kedudukan Biden yang sebenarnya belum lagi disahkan secara rasmi untuk mewakili Demokrat dalam pemilihan Presiden.

Kamala sebelum ini menonjol berikutan peranannya dalam sesi soal siasat Senat keatas beberapa orang personaliti dalam pentadbiran Trump seperti bekas Peguam Negara Jeff Sessions sehingga Hakim Mahkamah Agung Brett Kavanaugh.

Pemilihan Harris muncul beberapa bulan selepas Biden memberi komitmen akan memilih seorang wanita untuk menyertainya sebagai Naib Presiden atas tiket Demokrat. Harris, 55, kini menjadi wanita ketiga yang dicalonkan sebagai naib presiden untuk sebuah parti politik utama, mengikuti jejak Geraldine Ferraro dalam pemilihan naib presiden Demokrat pada tahun 1984 dan Sarah Palin dalam pemilihan naib presiden Republikan pada tahun 2008.

Menyedari bahawa usianya boleh menjadi perhatian kepada pengundi, Biden, 77, telah mengatakan bahawa dia adalah “jambatan” kepada barisan pemimpin Demokrat baru, dan dengan memilih Harris, yang 20 tahun lebih muda, dia sebenarnya telah mengangkat tokoh pemimpin dari generasi muda parti itu.

Selain Kamala, calon lain yang turut dipertimbangkan Biden termasuk Senator Republikan dari California, Karen Bass, ketua Kongres Black Caucus dari Georgia, Stacey Abrams, Senator Illinois, Tammy Duckworth, Senator Massachusetts Elizabeth Warren, Gabenor New Mexico Michelle Lujan Grisham dan wakil Florida dari Republikan, Val Deming, menurut sumber yang mengetahui perkara itu kepada CNN.

Sebagai sebahagian daripada proses pemilihan, bekas Naib Presiden itu bercakap secara langsung dengan para pesaing peringkat akhir, melalui pertemuan bersemuka atau perbualan jarak jauh.

Sumber rasmi bagaimanapun tidak menyatakan calon mana yang berjumpa Biden secara langsung, tetapi CNN mengesahkan minggu lalu bahawa Gabenor Michigan Gretchen Whitmer, telah terbang ke Delaware untuk berjumpa dengan Biden. Harris dan bekas penasihat keselamatan negara Obama, Susan Rice, antara lain dilihat sebagai pesaing paling serius – CNN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat