Video: Kebanyakan Polis Tidak Berakhlak – Asri Janggut

Cyberjaya – Pengasas rangkaian Hot Burger, Mohd Asri Hamid mengkritik sebahagian anggota polis yang disifatkannya sebagai tidak menjaga akhlak dengan baik.

Dalam satu video yang tersebar di laman-laman media sosial hari ini, beliau yang juga dikenali sebagai Asri Janggut berkata, kebanyakan daripada pegawai polis hari ini tidak menjaga solat dan menghisap rokok.

“Kebanyakan yang masuk jadi polis, jadi tentera ini tidak jaga solat. Terlalu mudah, cair, cepat. Hisap rokok, tak jaga sembahyang.

“Cuba tanya anggota polis, subuh sembahyang tak? Bila terakhir sembahyang subuh bawa isteri(berjemaah) subuh?

“Pernah tak tanya anak apa itu (khalimah) syahadah, benda(perkara merupakan) kunci (agama),” katanya ketika menghadiri satu forum anjuran Persatuan Pengguna Islam (PPIM).

Terdahulu, Asri pada Sabtu baru ini memuatnaik tiga siaran langsung di Facebook mengenai kewujudan beberapa premis judi di sekitar Jalan Besar, Bandar Baru Sungai Buloh.

Melalui siaran tersebut, dia turut mendakwa wujud beberapa premis judi serta gerai peniaga warga Indonesia keturunan Aceh yang menjual rokok seludup di sekitar Jalan Besar Bandar Baru Sungai Buloh.

Rentetan itu Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar mengadakan satu sidang akhbar tergempar, sambil manafikan dakwaan tersebut.

Shafa’aton turut berkata akan memanggil Mohd Asri bagi membantu siasatan kerana mendakwa pihak berkuasa tidak melakukan pemantauan terhadap kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup di kawasan Sungai Buloh.

Pihak polis juga telah membuat satu laporan polis bagi menafikan kewujudan beberapa premis judi di sekitar Jalan Besar, Bandar Baru Sungai Buloh yang didedahkan Asri itu.

Sementara itu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, memaklumkan langkah itu adalah tindakan biasa bagi membolehkan polis menyiasat dakwaan yang dibuatnya.

Jelas beliau, dalam masa yang sama tindakan dan siasatan juga boleh diambil ke atas polis yang mungkin terbabit.

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

Apa Nasib Kami Ramadan Ini, Tiba-Tiba Diarah Pindah – Peniaga

REMBAU - "Saya dan rakan lain berniaga di sini sejak 32 tahun lalu, tiba-tiba kami diarah berpindah. Sukar untuk kami meneruskan hidup," kata peniaga...

Berita Berkaitan

Lebih Sejuta Orang Telah Terima Suntikan Vaksin Covid-19 – Adham Baba

CYBERJAYA - Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan lebih sejuta orang rakyat Malaysia telah menerima suntukan dos vakisn vaksin COVID-19 sehingga hari...

Kerajaan Setuju Beri Bantuan Khas Kewangan RM500 Untuk Penjawat Awam Sempena Aidilfitri

CYBERJAYA: Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah, kata kenyataan Pejabat Perdana...

Agong berkenan terima menghadap Jawatankuasa Tamat Darurat

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini memperkenankan Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat untuk menghadap baginda. Memetik Malaysiakini menurut...