Kredibiliti Datuk Onn Hafiz Ghazi sebab kekalahan besar Pakatan Harapan di Johor

KUALA LUMPUR – Kejayaan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) semalam membolehkan Menteri Besar sebelum ini Datuk Onn Hafiz Ghazi mengetuai semula pentadbidan kerajaan negeri selepas beliau sendiri menang besar di Dewan Undangan Negeri Machap dengan majoriti 15,375 undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Kemenangan ini juga menunjukkan penguasaan mutlak BN di kerusi tradisi luar bandar serta kejayaan merampas beberapa kubu kuat pembangkang di kawasan bandar dan campuran.

Sepanjang menerajui kerajaan negeri Johor, kepimpinan Datuk Onn Hafiz dinilai tinggi oleh masyarakat setempat melalui pelbagai inisiatif ekonomi, pembangunan infrastrukur dan hubungan erat dengan institusi istana.

Pakatan Harapan (PH) sendiri mengakui bahawa faktor populariti dan kredibiliti Menteri Besar adalah antara sebab utama PH gagal menumpaskan BN di negeri Johor.

Ia disampaikan oleh Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Samad yang meletakkan perwatakan Datuk Onn Hafiz disenangi rakyat negeri Johor.

“Kita juga mendapati sokongan penyokong Perikatan Nasional (PN) yang beralih kepada BN turut menjadi punca kekalahan ini.

“Ia sesuatu yang di luar jangkaan kita. Bagaimanapun, kita akan melihat kembali dan akan membuat post-mortem bagi melihat punca semula kekalahan ini,” katanya.

Datuk Onn Hafiz juga muncul sebagai pemimpin paling popular sepanjang kempen PRN Johor apabila merekodkan tahap populariti hampir 2 kali ganda berbanding Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ilham Center dalam satu kenyataan menunjukkann populariti beliau mencecah 79 peratus berbanding 40 peratus bagi Datuk Seri Anwar.

Dalam media sosial dan juga berita arus perdana, tidak putus video tentang beliau turun padang meninjau keadaan jalan raya dan keadaan perkhidmatan untuk rakyat yang disediakan di negeri itu.

Kekalahan kerusi utama PH seperti Perling, Tangkak dan Jementah yang sebelum ini jadi kubu kuat DAP bukti wujud ada corak peralihan undi yang amat ketara.

PH hanya dapat beberapa kemenangan tipis seperti di kerusi Simpang Jeram dimenangi Amanah dengan majoriti sangat rendah iaitu 170 undi dan kejayaan Maszlee Malik dari PKR yang menang kerusi Puteri Wangsa.

Perikatan Nasional (PN) pula gagal mengekalkan ketiga-tiga kerusi yang dimenangi mereka pada pilihan rayab lalu menunjukan konflik dalaman yang berlaku turut beri impak besar pada keputusan mereka dalam pilihan raya.

Parti Bersama yang dipimpin oleh Datuk Seri Rafizi Ramli gagal menang dan semua calon mereka direkodkan hilang deposit selepas hanya mencatatkan purata sekitar 3 hingga 6 peratus undi.

author avatar
Ibnu Khusairy Aris
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat